Blog Tentang Isu Semasa & Terkini Dan Sekadar Berkongsi Kisah & Info - The Fauzan Afiq Aliff ™ blog

Assalamualaikum

Selamat Datang


widgets

Lagu - Kembalilah Padaku

Khamis, 31 Disember 2015

Kenali Diri Anda, Anda di kedudukan yang Mana??

Kenal Diri Anda - Selamat Tahun Baru 2016






Siapa mampu meneka karakter seseorang individu dengan tepat. Lain orang sudah tentu berlainan personaliti dan perwatakan diri. Justeru, sejauh mana kita kenal seseorang itu termasuk keluarga sendiri, ada juga terselit sekelumit jiwanya yang tidak mampu kita fahami dengan sempurna.


Kalau dilihat daripada prospek kawan dan sahabat, aspek keserasian dan persefahaman adalah kunci utama yang mengakrabkan lagi antara dua pihak. Kerana persamaan karakter dan minat, dua individu itu menjadi baik.

Tapi serapat mana sekalipun dua kawan itu, sudah tentu ada juga perbezaan baik dari sudut pendapat mahupun personaliti yang mungkin mengundang rasa kurang selesa kepada pihak satu lagi.

Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.

Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.
Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.

 Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.

Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.


1. Sanguine

Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.

Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.

Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.

Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.

Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.

Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.

Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.


2. Melancholic
 
Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.

Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.

Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.

Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.

Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.

Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.


3. Choleric
 
Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.

Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.

Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.

Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.


4. Phlegmatic

Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.

 Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.

Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.

Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.

Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.

Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.

Ahad, 11 Ogos 2013

4 Kali Gerhana Matahari Dalam 15 Tahun Akan Datang

Malaysia akan dapat melihat fenomena gerhana matahari sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 tahun (akan datang) menurut Goddard Space Flight Center (GSFC), NASA.

Gerhana matahari tersebut dijangka berlaku pada:

- 9 Mac 2016
- 26 Disember 2019
- 21 Jun 2020
- 20 April 2023

Klik "Pada Gambar" untuk lebih info dan animasi pergerakan kawasan gelap (bayang-bayang) bulan pada bumi bagi keempat-empat tarikh di atas.

Daripada kesemua tarikh diatas, tarikh 26 Disember 2019 (Khamis) mungkin paling menarik kerana gerhana matahari yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut bakal menggelapkan Singapura dan kawasan selatan negeri Johor (termasuk Johor Bahru). Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ke-15 tsunami yang melanda Sumatra.

Berikut adalah simulasi pergerakan bulan (titik hitam) dan kawasan yang terlibat dengan gerhana matahari.

Pada 9 Mac 2016



Pada 26 Disember 2019



Pada 21 Jun 2020



Pada 20 April 2023


Malaysia juga akan menghadapi 2 kali Gerhana Matahari pada tahun 2042
Iaitu pada :-

20 April 2042


Dan Pada 14 Oktober 2042



Sumber:
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_March_9,_2016
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_December_26,_2019
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_June_21,_2020
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_April_20,_2023
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_April_20,_2042
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_October_14,_2042

Jumaat, 12 April 2013

"Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal"



Sayangi IBU.....IBU Adalah Manusia Yang Paling Penting Dalam Hidup Kita Selain SESIAPAPUN Di Dunia Ini....(Selain ALLAH & Nabi Muhammad)

Saya Kongsikan Kisah Ini.....Daripada Blog.....Harap Baca & Hayati.....

JANGAN MENANGIS BACA KISAH INI : 


"Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal"


Mak…..
Terlalu Bosan Rasa Duduk Membilang Hari…..
Dah Hampir Sepuluh Bulan Mak Pergi,
Rasanya Baru Semalam Mak Peluk Kiter Kan Sejuk Syahdu Masih Terasa Lagi Nih….

Mak Tau Tak…….
Itu Lah Pertama Kali Mak Peluk Anak Mak Yang Nakal Ni Sejak Kiter Dewasa…..
Dan Itu Juga Terakhir Kali Nya.
Emmmm…Rupanya Mak Dah Tau Mak Nak Pergi Jauh…..
Nak Tinggal Kan Anak2 Mak….. Nak Tinggal Kan Dunia Fana Ni……

Mak Macam Dah Sedia…..
Seminggu Sebelum Tu……
Mak Dah Menganyam Tikar Mengkuang 3 Helai…..
Akak Kata Sampai Ke Pagi Mak Anyam Tikar Tuu….
Tanpa Rasa Mengantuk, Tanpa Rasa Letih……
Kakak Pun Rasa Hairan…..
Mak Tak Penah Buat Gitu…..

Pastu Mak Pasang Radio Kecil Di Sebelah Mak……
Tapi Mak Seolah2 Tak Sedar Bahawa Rancangan Radio Tu Siaran Siam …….
Kengkadang Siaran Indonesia ..
Mak Terus Tekun Menganyam…
Rupanya Tikar Yang Telah Mak Siapkan Tu Di Gunakan Untuk Mengiringi Mak Ke Kuburan…

Pastu Mak Sapu Sampah Sekeliling Rumah Bersih2….
Pastu Mak Jemur Karpet-Karpet. ..
Pastu Mak Ubahkan Sofa Ke Tempat Lain..
Mak Biarkan Ruang Tu Kosong..
Rupanya Kat Situ Jenazah Mak Diletakkan..

Paling Menarik Sekali Mak Bgtau Kat Maner Sume Duit Dan Barang Kemas Mak..
Ada Kat Dalam Almari…..
Ada Kat Dalam Dalam Beg…..
Ada Dalam ASB…..
Ada Kat Dalam Tabung Haji..
Mak Cakap Tak Berapa Cukup Lagi……
Ada Kat Dalam Gulung Tikar…..

Masa Tu Mak Perasan Takk..??
Kiter Gelak Sakan Bila Mak Bgtau Duit Dalam Gulung Tikar…
Kiter Kata Mak Ni Memang Pesenn Lama Laaa…
Mak Cuma Gelak Jer…
Eeemmm…Bahagiaa Nya Saat Ituu..

Mak…..
Hari Tu Hari Sabtu 18/08/1999 Pukul 3 Petang Mak Tiba2 Sakit Perut…..
Bila Malam Tu Kiter Sampai Dari KL…..
Mak Dah Dalam Kesakitan.
Akak Dan Abang Kat Kampong Semua Dah Pujuk…..
Mak Tetap Takmau Pi Hospital…. .
Dan Cuma Tinggal Giliran Kiter Sahaja Yang Belum Pujuk..
Mak Kata Mak Takmau Duduk Dalam Hospital…. .
Tapi Kiter Berkeras Juga Pujukk..
Nanti Di Hospital Ada Doktor…
Ada Ubat Untuk Mak..
Kat Rumah Kami Hanya Mampu Sapu Minyak Dan Urut Jer..

Mak Tetap Tak Bersetuju… ..
Mak Memang Degil..
Tak Salah, Anak Mak Yang Ni Pon Mengikut Perangai Mak Tu..
Tapi Akhirnya Bila Melihat Keadaan Mak Makin Teruk….
Mak Sakit Perut Sampai Nak Sentuh Perut Mak Pon Sakit
Kami Adik Beradik Sepakat Hantar Juga Mak Ke Hospital…. ..

Mak…..
Ampunkan Kami Semua…
Kami Nak Mak Sehat…
Kami Sayang Mak…
Kami Tak Mau Mak Sakit…
Kami Terpaksa Juga Hantar Mak Ke Hospital….
Ampon Kan Kami Yer Mak….

Mak…..
Malam Itu Abang Bawa Mak Ke Hospital
Dan Itu Lah Pertama Dan Terakhir Kali Mak Naik Kereta Kiter…
Masih Terbayang Betapa Ceria Dan Gembiranya Mak,
Kiter Kata Nak Beli Kereta….
Mak Asyik Tanya Ajer..
Cukup Ker Duitt..
Kiter Jawab Pula…
Kalau Tak Cukup, Mak Kan Banyak Duit…
Mak Gelak Ajerr…..

Lepas Tu Bila Kereta Kiter Sampai….
Mak Buat Kenduri Kesyukuran… ….
Dan Kiter Masih Ingat Lagi…
Bila Kiter Eksiden Terlanggar Ah-Chong Naik Motor…..
Punya La Kiter Takut…
Kiter Warning Kakak Kiter Jangan Sesekali Bgtau Kat Mak…..
Bila Balik Sahaja Kampong….
Kiter Cepat-Cepat Simpan Keta Dalam Garaj…..
Tapi Mak Perasan Juga Bumper Depan Kemek…
Mak Tanya Kenapa…?
Selamba Jerr Kiter Jawab Terlangar Pokok Bunga…..

Mak….
Tujuan Kiter Menipu Tu Supaya Mak Tak Risau…
Maafkan Kiter Kerana Sampai Mak Pergi Mak Tak Tau Hal Sebenar…
Mak, Kiter Menipu Mak Kan ..
Ampon Kan Kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 Pagi 19/08 /2006
Bila Tiba Aja Kat Hospital…..
Nurse Tengah Balut Mak Dengan Kain Putih…….
Mak Mesti Nampak Kiter Jatuh Terduduk Di Lantai Hospital…
Mesti Mak Nampak Abang Cium Dahi Mak…..
Mesti Mak Nampak Akak Baca Doa Untuk Mak….
Mesti Mak Nampak Adik Terduduk Kat Kerusi Kat Sudut Itu…
Mesti Mak Nampak Semua Tu Kann…Kann. .Kannn

Mak Tau Tak….
Pagi Tu Balik Dari Hospital Jam 5.20 Pagi Kiter Mamandu Dalam Keadaan Separuh Sedar…
Adik Kat Sebelah Diam Melayan Perasann…
Kenangan Bersama Mak Berputar Dalam Kepala Ini…
Jalan Di Depan Terasa Makin Kelam…..
Airmata Dah Tak Mampu Di Tahan….
Masa Tu Seandainya Apa-Apa Terjadi Di Jalan Itu Kiter Rela…
Namun Alhamdulillah Akhirnya Kiter Sampai Juga…
Di Sebab Kan Pagi Masih Awal, Jadi Jalan Tu Lenggang..
Kosong. …Sekosong Hati Ini…..
Sepanjang Perjalanan Terasa Kedinginan Subuh Itu Lain Benar Suasananya.. …..
Terasa Syahdu Dan Sayu…Dinginnnn. ….

Mak……
Kiter Masih Ingat Lagi….
Kiter Baca Alquran Kat Tepi Mak Temankan Mak…
Jam 11.00 Pagi Mak Di Mandi Kan ….
Anak2 Mak Yang Pangku Masa Mak Mandi….
Mak Mesti Rasa Betapa Lembut Nya Kami Mengosok Seluruh Tubuh Mak…..
Kiter Gosok Kaki Mak Perlahan Lahan…..
Mak Perasan Tak…..?

Makcik Yang Mandikan Mak Tu Pujuk Kiter…..
Dia Kata…” Dikk…Jangan Nangis…Kalau Sayang Mak Jangan Buat Gitu…Jangan Nangis Ya..”
Bila Makcik Tu Kata Gitu…
Lagi Laaaa Laju Airmata Ni…
Tapi Kiter Kawal Supaya Tak Menitik Atas Mak….

Mak…..
Sampai Takat Ini Surat Ni Kiter Tulis…..
Kiter Nangis Ni…..
Ni Kat Dlm Bilik…Baru Pukul 4.00 Pagi….
Takder Orang Yang Bangun Lagi…..
Kiter Dengar Nasyid Tajuk “Anak Soleh” Kiter Sedih…
Kiter Rindu Kat Mak….!
Takpa La….
Nanti Bila Kita Selesai Sembanyang Subuh,
Kiter Baca Yassin Untuk Mak…
Mak Tunggu Ya..!
Mak..
Sebelum Muka Mak Di Tutup Buat Selamanya… .
Semua Anak2 Mak Mengelilingi Mak…
Menatap Wajah Mak Buat Kali Terakhir….
Semua Orang Kata Mak Seolah2 Senyum Aja…
Mak Rasa Tak….
Masa Tu Kiter Sentuh Dahi Mak….
Kiter Rasa Sejukkkk Sangat Dahi Makk…..
Kiter Tak Mampu Nak Cium Mak…
Kiter Tak Daya….
Kiter Tuliskan Kalimah Tauhid Kat Dahi Mak Dengan Air Mawar…
Airmata Kiter Tak Boleh Tahan….
Mak Mesti Ingat Kan Yang Anak Mak Ni Jadi Imam Solat Jenazah Untuk Mak…
Tapi Kite Suruh Tok Imam Bacakan Doa Sebab Kite Sebak…..

Jam 12 Tengahari Mak Diusung Keluar Dari Rumah….
Akak Pula Dah Terkulai Dlm Pelukan Makcik…
Badan Akak Terasa Panas…
Makk…
Anak Mak Yang Seorang Tu Demam….

Mak Tauu…
Cuma Akak Sorang Saja Anak Mak Yang Tak Mengiringi Mak Ke Tanah Perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 Ku Lalui Tanpa Kewujudan Mak Lagi…
Begitu Terasa Kehilangan Mak…
Boleh Kata Setiap Malam Selepas Maghrib Anak Mak Ini Berendam Airmata…
Dan Sampai Satu Tahap….
Masa Tu Malam Jumaat Selepas Maghrib….
Selepas Kiter Baca Yassin Ngan Kawan-Kawan. ….
Entah Kenapa Biler Kat Bilik Kiter Keluarkan Gambar2 Mak Pastu Apa Lagi…
Semakin Kiter Tenung Terasa Semakin Sayu…
Tangisan Tak Dapat Dibendung…

Mak Tauu…
Kiter Cuba Bertahan…
Memujuk Diri Sendiri Tapi Tak Juga Reda…
Kiter Rasa Nak Telefon Mak…..
Nak Cakap Dengan Mak…..
Anak Mak Yang Ni Dah Tak Betul Kan ..?
Dan Akhirnya Dalam Sedu Sedan Itu Kiter Telefon Kampong….
Kiter Cakap Dengan Kakak..Kiter Nangis Lagi…
Puas La Kakak Memujuk Kiter…
Akak Kata…” Tak Baik Laa Nangis Aje..Doa Lah Untuk Mak..”
Dan Akhirnya Akak Juga Nangis…..

Mak Tau Tak..
Di Saat Itu Kerinduan Terasa Menusuk Sehingga Ke Hulu Hati…
Rasa Nyilu Sangat…
Menusuk-Nusuk Sehingga Terasa Begitu Sakit Dalam Dada Ni….
Sampai Sekarang Bila Kerinduan Itu Menjelma….
Hanya Sedekah Al-Fatihah Kiter Berikan…..

Mak….
Cukup La Sampai Sini Dulu….
Kawan Kiter Dah Ketuk Pintu Bilik Tu….
Kejap Lagi Kami Nak Pergi Solat Subuh Kat Masjid…
Selalunya, Kiter Yang Bawak Mak Naik Motor Kan ….
Kali Ni Kiter Jalan Kaki Dengan Kawan Pulak…
Esok Kiter Ingat Nak Tulis Surat Kat Ayah Pula….
Mula2 Kiter Tak Tau Nak Hantar Mana Surat Nih….
Pastu Kawan Kiter Bgtau…
Simpan Je Buat Kenangan..
Kiter Cuma Tau Alamat Ni Aje…
Takper Yer Mak…K
Kiter Kasi Orang Lain Baca…
Kiter Stop Dulu…
Sebab Kawan Kiter Dah Lama Tunggu Tu…
Akhir Kata Untuk Mak,
I LOVE YOU SO MUCH
Dan Jutaan Terima Kasih Kerana Membesarkan Kiter…
Memberi Seluruh Kasih Sayang Dari Kecil Sampai Masuk Sekolah..
Sampai Masuk Univesiti….
Sampai Kiter Boleh Rase Naik Kapal Terbang…
Boleh Rasa Duduk Kat Negara Orang… 
Sampai Akhir Hayat Ini Jasa Mak Tak Akan Mampu Kiter Balas..

Sekian Terima Kasih Mak…

Jangan Lupa Untuk Tekan Butang SHARE & LUAHKAN PERASAAN Anda Selepas Anda Baca


Khamis, 21 Mac 2013

Umur Israel Tak Lebih Dari 76 Tahun??!!

Ramalan Kedatangan IMAM MAHDI pada awal tahun 2022


Sewaktu negara Israel berdiri dan menjurus tahun 1948, seorang perempuan tua Yahudi masuk ke rumah ibu Muhammad Ar-Rasyid dalam keadaan menangis.Ketika ditanya kenapa dia menangis padahal orang-orang Yahudi sedang bergembira, dia menjawab:

"Sesungguhnya penubuhan negara Yahudi ini menjadi sebab mereka akan dibinasakan. Menurut perempuan tua itu bahawa negara Yahudi yang baru berdiri itu hanya akan berumur selama 76 tahun ".

Menurut Muhammad Ar-Rasyid perkara ini ada kaitannya dengan pusingan komet Heli yang punya hubungan erat dengan kepercayaan Yahudi. 76 tahun itu jika mengikut bulan qamariyah maka sekitar 74 tahun masehi.

1948 + 74 = 2022 M

"Maka mereka masuk", merupakan kata pada urutan 76, jika dikira dari ayat 2 surat al-Isra '. Ayat ke 2 surah Al-Isra 'adalah permulaan cerita tentang Bani Israil.Jika angka 76 kita kalikan dengan 19, maka hasilnya adalah 1444. Tahun 1444, menurut perhitungan penanggalan Hijriah, adalah saat di mana muslimin akan merebut kembali Masjid Al-Aqsa di bawah pimpinan Imam Mahdi, seperti yang terdapat dalam makna ayat 7 dalam surah Al-Isra?.

Dan apabila datang masa hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

Begitu juga jika kita mengira nilai ayat 104 surah Al-Isra? dengan menggunakan jadual al-JUMAL at-Taqlidi. Di mana ayat 104 berbicara mengenai janji akhir, iaitu berkumpulnya Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin. Jika datang janji akhir, maka Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur. Nilai yang di dapat adalah 2022. Itulah tahun di mana negara Israel akan mengalami kehancuran.

Sedang makna pada ayat tersebut yang bermaksud "dan Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur", menunjukkan bahawa pada tiga tahun terakhir sebelum berakhirnya Israel, bangsa Yahudi akan datang berbondong-bondong dan berkumpul di tanah Palestin dalam rangka untuk menghadapai pasukan Imam Mahdi dalam sebuah perang besar yang amat kritikal.

Sebuah Kata lagi dalam ayat tersebut yang bermaksud "giliran", menunjukkan pembalasan Yahudi kepada pihak yang pernah menyerang mereka dahulu. Iraq adalah bahagian terbesar dari yang mereka maksud. Kata tersebut menunjukkan juga bahawa pembalasan Yahudi kali ini tidak main-main, kerana bertalian rapat dengan kesempurnaan pembangunan negara Israel yang mengambil secara illegal tanah tanah Palestin.

Tanah tersebut akan digunakan untuk membina penempatan-penempatan baru Yahudi, guna menyatukan bangsa Yahudi yang selama ini berselerak di berbagai negara. Kaum Yahudi akan menghancurkan negara yang menentang keinginan serta tujuan mereka tersebut. Usaha-usaha mereka akan bermula secara nyata pada tahun 2008, sebagaimana yang tertera pada ayat 22 surat Al-Maidah:

Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya."

Dan lagi-lagi, jika kita mengira jumlah kata dari ayat 7 surah Al-Isra sampai dengan akhir ayat 104, akan dihasilkan 1376 kata. Jumlah tersebut sama dengan jarak tahun antara wafatnya Nabi (SAW) iaitu 632 M, sampai dengan tahun pengusiran bangsa Palestin iaitu tahun 2008.

2008 - 632 = 1376

Dengan perhitungan mengunakan jadual Al-Jumal At-Taqlidi, nilai dari ayat yang bermaksud "kami tidak akan masuk ke dalamnya (Palestin) hingga mereka keluar" adalah 2008. Tahun tersebut adalah rencana kerja kerajaan di bawah Perdana Menteri Israel saat ini, Ehud Olmert, tentang masa penentuan garis batas wilayah negara Israel.

Hal itu pernah diucapkannya dalam salah satu pusingan kempen pilihan raya bahawa tahun 2010 adalah batas waktu akhir dalam menentukan garis batas wilayah negara Israel yang baru. Dalam pernyataan lain yang dimuatkan dalam harian Jerusalem Post, Olmert menyatakan bahawa Israel akan menentukan akhir dari penentuan garis batas negaranya hingga tahun 2010.

Dalam janji kempennya sebelum terpilih menjadi perdana menteri, Olmert berjanji bahawa Israel di bawah kepemimpinanya (jika ia terpilih) akan membuat batas final yang akan memisahkan diri dari majoriti rakyat Palestin, dan akan melindungi kewujudan bangsa Yahudi secara paten. Olmert berjanji akan membuat garis batas yang jelas pada tahun-tahun berikutnya. Dan garis batas itu sangat berbeza dengan yang dibuat sekarang sebagaimana yang diberitakan oleh BBC.

Kita dapat melihat bahawa Yahudi mengetahui dengan baik apa yang mereka dapatkan semenjak awal mula penubuhan negara Israel. Kerana mereka adalah penganut agama Samawi yang mengerti kandungan kitab Taurat, yang di dalamnya terdapat berita tentang masa depan mereka, termasuk pelbagai perkara yang akan berlaku kemudiannya.