Almarhum Sultan Iskandar
ibni Almarhum Sultan Ismail
Yang di-Pertuan Agong | |||||||||||||||||||||
|
---|
DYMM Almarhum Sultan
Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932-22
Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26
April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan
Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan
kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Seperti nendanya Sultan
Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan
buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan
kerajaan persekutuan Malays ia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang
di-Pertuan Agong,ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang
menarik perhatian awam. Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan
baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai,
khususnya orang Melayu dan Orang Asli.
Sultan Iskandar juga
digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi
mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah
menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai
insan yang ramah mesra dan pemurah. Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang
mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran, dengan merujuk kepada catatan
peristiwa pahit sepanjang hayat baginda, termasuk dilucutkan pangkat Tunku
Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah
yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar
sehingga memarahkan orang awam.
Sewaktu muda dahulu,
Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"
atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama
"Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada
ahun 1981, namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud
Iskandar" sekali-sekala.
Kehidupan awal
Sultan Iskandar (dikenali
sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku
Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahi pada 8 April 1932 di Istana
Semayam, Johor Bahru. (Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal
dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee
Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor
Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di
Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud
pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School
selama tiga tahun. Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah
Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk
masa yang singkat, di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab
atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor
pada Mei 1959.
Pada tahun 1956, Tunku
Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan
bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku
Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962. Sebelum bercerai dengan
Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud
mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu
bersama-sama memputerakan enam anakanda. Para penganalisa seperti Kate Wharton
memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak
disebut dalam semua biografi rasmi.
Tunku Mahmud dilantik
oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961,
kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981,
Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum
kemangkatan ayahandanya.
Keseluruhannya, Sultan
Iskandar memputerakan 2 putera dan 8 puteri iaitu:
1. Tunku Kamariah Aminah
binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku
Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.
2. Tunku Azizah Aminah
Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986
berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah Shah, Sultan Pahang.
3. Tunku Besar Zabedah
Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)
4. Tunku Mahkota Ibrahim
Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkahwin dengan Sultanah
Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan
Perak.
5. Tunku Mariam Zaharah
binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
6. Tunku Aminah Kalsom binti
Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
7.Tunku Muna Najiah binti
Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
8. Tunku Abdul Majid bin
Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara,
berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir
1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.
9. Tunku Maimunah Ismiliah
binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
10. Tunku Noraini Fatimah
binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
Sultan Johor
Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud Dilantik
Sebagai Pemangku Sultan Johor Berikutan Kemangkatan Ayahandanya, Lalu
Dimasyurkan Sebagai Sultan Sehari Kemudian, Beberapa Ketika Sebelum Ayahandanya
Dimakamkan. Sehubungan Dengan Itu, Adinda Baginda Tunku Abdul Rahman Ibni
Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi, Bekas Tunku Mahkota Johor Selama 20
Tahun Di Bawah Pemerintahan Sultan Ismail, Dilantik Sebagai Tunku Bendahara
Johor Lalu Memegang Gelaran Tersebut Sehingga Meninggal Dunia Pada Tahun 1989.
Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar Dilantik Sebagai Canselor Universiti
Teknologi Malaysia.
Mengikut Sistem Beraja Bergilir-Gilir Di
Malaysia, Sultan Iskandar Dilantik Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Oleh Majlis
Raja-Raja Pada 9 Februari 1984, Tidak Lama Sebelum Berakhirnya Penggal Sultan
Ahmad Shah Dari Pahang Pada 26 April 1984. Sultan Iskandar Memegang Gelaran
Yang-Di Pertuan Agong Sehingga Diambil Alih Oleh Sultan Azlan Shah Dari Perak
Pada Tahun 1989.
Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar Melantik
Cucundanya Tunku Ismail Ibrahim, Iaitu Anakanda Tunku Mahkota, Sebagai Raja
Muda (Pewaris Ketiga Takhta Johor) Dalam Majlis Pelantikan Sempena Hari
Keputeraanya.
Hal-Ehwal Dalam Negeri
Sultan Iskandar Menganjurkan Acara Rumah
Terbuka Di Kediaman Rasminya Di Istana Bukit Serene, Atau Di Istana Besar. Pada
Hari-Hari Inilah, Sultan Dan Putera Sulungnya Tunku Mahkota Mengadakan Sesi
Khas Untuk Bertemu Mesra Dengan Rakyat Johor. Mengikut Adat Istiadat, Kerajaan
Negeri Mewartakan 8 April Sebagai Cuti Umum Negeri Untuk Meraikan Hari Keputeraan
Baginda, Yang Mana Baginda Mengurniakan Anugerah Kehormat Kepada Rakyat
Malaysia Yang Mempamerkan Sumbangan Dan Pencapaian Cemerlang.
Tidak Lama Sebelum Menjadi Ydpa Pada April
1984, Sultan Iskandar Mengeluarkan Usul Agar Orang Asli Digolongkan Sebagai
"Bumiputera Asli", Kerana Baginda Berpendapat Bahawa Orang Asli Ini
Berbeza Sekali Identitinya Dari Orang Melayu Kerana Kebanyakan Mereka Bukan
Umat Islam. Namun, Usul Tersebut Ditarik Balik, Sebaliknya Kerajaan Cuba
Mengasimilasikan Orang Asli Dengan Masyarakat Melayu Arus Perdana. Setelah
Ditabalkan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda Mendermakan Gaji Baginda
Untuk Jawatan Ydpa Kepada Berbilang Lembaga Biasiswa Yang Dibuka Kepada Semua
Kaum Di Malaysia.
Pada Tahun 2007, Sultan Iskandar
Mengeluarkan Titah Perintah Yang Hanya Membenarkan Gelaran Istana Dipakai Oleh
Kediaman Dan Hartanah Yang Dimiliki Oleh Sultan Dan Tunku Mahkota, Manakala
Hartanah Yang Dimiliki Oleh Kerabat Diraja Yang Lain Dikenali Sebagai
"Kediaman". Pada Disember 2008, Sultan Iskandar Memperkenankan
Kerajaan Negeri Untuk Mewartakan Usul Perundangan Yang Melarang Umat Islam
Daripada Mengamalkan Senaman Yoga, Atas Sebab Bahawa Yoga Mengandungi Unsur
Agama Hindu Yang Melanggar Ajaran Islam. Permohonan Agar Meminta Perkenan
Sultan Datang Dari Majlis Agama Islam Johor Yang Bertindak Atas Arahan Majlis
Fatwa Negara.
Sultan Iskandar Menyempurnakan Pembukaan
Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin Sultan Iskandar Pada 1 Disember 2008,
Dengan Kehadiran Tunku Mahkota Dan Beberapa Menteri Jemaah Utama. Kompleks Ini
Dinamakan Sempena Baginda, Yang Berpandangan Optimis Akan Kejayaannya Pada
Ucapan Pembukaan Baginda.
Hubungan Luar Negeri
Semenjak Menaiki Takhta, Sultan Iskandar
Menjalin Hubungan Erat Dengan Singapura, Dengan Mengembankan Silaturahim Dengan
Pemimpin Tertinggi Singapura. Amalan Ini Juga Menjadi Ikutan Anakandanya, Tunku
Mahkota Dan Tunku Bendahara. Laporan Media Sentiasa Mengetengahkan Sambutan
Mesra Yang Disampaikan Sesama Pemimpin Kedua-Dua Negara Ketika Dalam
Lawatan,Terutamanya Pada Julai 1988, Apabila Kunjungan Sultan Iskandar Ke
Singapura Menandakan Kali Pertama
Seseorang Yang Di-Pertuan Agong Melawat Negara Pulau Tersebut Sejak Tahun 1957.
Timbalan Perdana Menteri Singapura Ketika Itu, Goh Chok Tong Menerima Pangkat
Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) Dari Sultan Iskandar.
Pada Tahun 2007, Sultan Iskandar
Dikurniakan Anugerah Honorary Master Parachutist Wing Oleh Menteri Pertahanan
Singapura, Teo Chee Hean Dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan Oleh Universiti
Kebangsaan Singapura.
Hubungan Dengan Singapura Bertukar Keruh
Setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa Memutuskan Bahawa Kedaulatan Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca) Adalah Milik Singapura Setelah Lama Direbut Oleh Kedua-Dua
Negara. Di Sesi Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 Pada Tahun 2008,
Sultan Menyabdakan Pendirian Bahawa Pulau Batu Puteh Adalah Milik Malaysia, N
Berikrar Untuk Mencari Jalan Yang Tidak Menyalahi Undang-Undang Untuk
Mengembalikan Pulau Tersebut Ke Pangkuan Negara.
Sultan Iskandar Juga Menjalin Hubungan Erat
Dengan Sultan Hassanal Bolkiah Dari Brunei, Lebih-Lebih Lagi Sewaktu Baginda
Memegang Gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada Tahun 2006, Sekali Lagi Kedua-Dua
Sultan Disaksikan Bersama Di Khalayak Ramai, Ketika Sultan Hassanal Bolkiah
Mengunjungi Negeri Johor Untuk Menyabdakan Minat Baginda Terhadap Iskandar
Malaysia.
Kontroversi
Pewarisan Takhta
Sebelum Menjadi Sultan Atau Ydpa, Apatah
Lagi Pada 1980-An Dan Awal 1990-An, Nama Baik Tunku Mahmud Pernah Dinodai Oleh
Beberapa Peristiwa Kontroversi Yang Mendapat Perhatian Media. Antara Insiden
Terawalnya Adalah Kehilangan Pangkatnya Sebagai Tunku Mahkota Pada Tahun 1961
Atas Sebab Perilaku Setelah Laporan Sulit Yang Mendakwanya Mengurung Seorang
Polis Diutuskan Kepada Ayahandanya Selaku Sultan. Pangkat Tunku Mahkota Diambil
Alih Oleh Adindanya, Tunku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail
Al-Khalidi. Apapun, Pada Tahun 1966, Tunku Iskandar Menerima Pangkat Raja Muda,
Iaitu Pewaris Kedua Takhta. Pada April 1981, Tunku Mahmud Dilantik Semula
Sebagai Tunku Mahkota Tidak Lama Sebelum Kemangkatan Ayahandanya Sebulan
Berikutnya, Selepas Itu Ditabalkan Sebagai Sultan Johor, Atas Titah
Ayahandanya.
Walau Apapun, Sesetengah Pihak Mempertikai
Kesahihan Pelantikan Semula Tunku Mahmud Sebagai Tunku Mahkota, Dengan Berhujah
Bahawa Mereka Menyaksikan Sultan Ismail Sudah Berada Dalam Keadaan Koma Ketika
Tunku Mahmud Menjadi Tunku Mahkota. Namun, Catatan Rasmi Membuktikan Bahawa
Sultan Ismail Menjadi Koma Pada 8 Mei, Tiga Hari Sebelum Mangkat. Hubungan
Istana Dengan Menteri Besar Johor, Othman Saat Menjadi Keruh Apabila Beliau
Mempersoalkan Kewajaran Tunku Iskandar Mewarisi Takhta, Sehingga Mencetuskan
Sultan Baru Itu Untuk Menitah Perintah Agar Menteri Besar Meletak Jawatan Dalam
Masa 24 Jam, Sebaik Sahaja Mangkatnya Sultan Ismail, Dengan Tujuan Mengambil
Alih Jawatan Tersebut Untuk Kegunaan Dirinya. Sesungguhnya Menteri Besar Patuh
Kepada Titah Tersebut, Namun Sultan Tidak Mengambil Jawatannya. Othman Saat
Kemudian Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar Pada Tahun Berikutnya.
Tuduhan Salah Laku Jenayah
Pada Tahun 1972, Tunku Mahmud Didakwa
Menyerang Dua Orang Lelaki Dengan Cokmar Kerana Memotong Keretanya Lalu
Disabitkan Kesalahan Pada Tahun Berikutnya. Setahun Kemudian, Timbulnya Laporan
Yang Menyatakan Tunku Iskandar Dan Seorang Pengawal Peribadi Menyerang
Sepasangan Muda Dengan Bahan Kimia Dan Cokmar Setelah Disinggung Perasaan. Pada
Masa Yang Sama Didakwa Juga Bahawa Tunku Mahmud Merantai Dua Orang Anggota
Polis Dalam Rumah Anjing Selama Sehari Setelah Dimurkakan Oleh Mereka.
Lima Tahun Kemudian, Tunku Mahmud Didakwa
Dan Didapati Bersalah Atas Sebab Kematian Seseorang Setelah Menembak Sampai Mati Seorang Lelaki
Yang Berhampiran Helikopter Peribadinya Yang Disangkanya Seorang Penyeludup.
Walau Apapun, Ayahandanya Sultan Ismail Campur Tangan Lalu Memberikan
Pengampunan Rasmi Kepada Tunku Iskandar. Begitu Juga, Putera Sulungnya, Tunku
Ibrahim Ismail, Disabitkan Kesalahan Menembak Sampai Mati Seorang Lelaki
Setelah Bergaduh Dalam Kelab Malam Pada 1980-An, Tetapi Diampunkan Serta-Merta
Juga.
Pada Tahun 1987, Sultan Iskandar Dituduh
Menyerang Sampai Mati Seorang Kedi Golf Di Cameron Highlands, Berikutan Insiden
Yang Mana Kedi Itu Tertawa Apabila Baginda Tersasar Satu Lubang. Bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Mengulas Bahawa Sultan (Yang Ketika Ini
Menduduki Takhta Ydpa) Tidak Dapat Dibuat Tuduhan Atas Sebab Kekebalan Yang
Dikurniakan Kepada Raja-Raja, Namun Pada Masa Yang Sama Beliau Mengecam
Tindakan Sultan Iskandar Itu. Kesudahannya, Kejadian Tersebut Dibiarkan Tanpa
Meraih Perhatian Awam. Adik Kepada Kedi Yang Turut Diserang Hingga Cedera,
Menjadi Murung Akibat Apa Yang Disaksikannya, Lantas Dia Bertindak Mengamuk Di
Kuala Lumpur Sehingga Terpaksa Dikuarantinkan Dalam Rumah Sakit Jiwa.
Peristiwa Gomez
Serangan
Pada Akhir Tahun 1992, Dua Kes Serangan
Berasingan Oleh Sultan Dan Puteranya Tunku Abdul Majid Idris Terhadap Jurulatih
Hoki, Memuncak Dengan Pelucutan Kekebalan Raja-Raja Dari Pendakwaan. Kedua-Dua
Kes Ini Banyak Disiarkan Di Muka Depan Akhbar Tempatan Dan Antarabangsa Lalu
Diberi Jolokan "Peristiwa Gomez". Pada 10 Julai 1992, Putera Kedua
Sultan Iskandar, Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris, Naik Berang Ketika
Berakhirnya Perlawanan Hoki Antara Johor Dan Perak Yang Memihak Kepada Perak
Dengan Pukulan Penalti, Lalu Menyerang Penjaga Gol Perak, Mohamed Jaafar
Mohamed Vello. Mohamed Jaafar Kemudiannya Membuat Laporan Polis Pada 30 Julai.
Kejadian Ini Menarik Perhatian Ramai, Lebih-Lebih Lagi Dibahaskan Dalam
Parlimen. Kejadian Ini Menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia Mengenakan
Larangan Daripada Menghadiri Mana-Mana Perlawanan Kepada Tunku Majid Selama
Lima Tahun Selepas Siasatan. Tunku Majid Kemudiannya Disabitkan Kesalahan
Menyerang Pada Januari 1993, Oleh Itu Dipenjarakan Setahun Dan Didenda RM 2,000, Sebelum Dibebaskan Dengan Ikat Jamin, Dan Tuduhan-Tuduhannya Digugurkan
Atas Sebab Kekebalan Yang Masih Sah Diperlakukan Sewaktu Kejadian Tersebut.
Sultan Iskandar Membalas Larangan Tersebut
Dengan Menggesa Pihak Berkuasa Negeri Agar Memencilkan Pasukan Hoki Johor Dari
Semua Perlawanan Kebangsaan. Pada November 1992, Douglas Gomez, Seorang
Jurulatih Pasukan Hoki Maktab Sultan Abu Bakar, Meluahkan Kekesalan Kerana
Dipanggil Untuk Menarik Diri Daripada Perlawanan Separuh Akhir Oleh Pengarah
Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar Tertarik Lalu Menitah Gomez Untuk
Menghadap Baginda Di Istana Bukit Serene, Tetapi Kemudian Menyelar Dan
Menyerangnya. Selepas Itu, Gomez Merawat Muka Dan Perutnya, Kemudian Membuat
Laporan Polis Untuk Mendakwa Sultan Kerana Menyerangnya. Gomez Menjelaskan
Bahawa Para Pengawal Peribadi Sultan, Selaku Anggota Angkatan Tentera Johor,
Sekadar Memerhati, Sebaliknya Sultan Sendiri Yang Bertanggungjawab Sepenuhnya
Atas Kecederaan Yang Dialaminya.
Pandangan Awam Dan Tindakan Susulan
Kejadian Serangan Ini Mencetuskan Kemarahan
Rakyat Sehingga Semua Peringkat Kerajaan Sehingga Pangkat Tertinggi Kerajaan
Persekutuan Digesa Agar Menyiasatnya. Pada Akhir Tahun 1992, Dan Juga Awal
Tahun 1993, Tersiarnya Berpuluh-Puluh Artikel Berita Yang Menyebut Dakwaan
Salah Laku Kerabat Diraja Beberapa Negeri, Khususnya Sultan Iskandar Sendiri.
Kebanyakan Dakwaan Salah Laku Tersebut Termasuk Pengenaan Denda Yang Jauh
Melebihi Ketentuan Undang-Undang, Terhadap Sesiapa Yang Menghalang Kereta
Sultan, Antara Lainnya. Apapun, Sultan Iskandar Memikul Segala Padah Yang
Timbul Akibat Semua Dakwaan Salah Laku Jenayah Tersebut Walaupun Kebanyakannya
Dilakukan Oleh Ahli-Ahli Kerabat Diraja Yang Lain.
Hiruk-Pikuk Kecaman Yang Disiarkan Oleh
Pihak Akhbar Menggesa Para Ahli Dewan Rakyat Agar Mengadakan Sidang Khas Pada
10 Disember 1992. Kesemua 96 Ahli Parlimen Yang Hadir Pada Hari Itu Sebulat
Suara Meluluskan Ketetapan Yang Menyeru Agar Tindakan Diambil Untuk Menyekat
Kuasa Raja-Raja Sekiranya Perlu. Ketika Persidangan Ini, Para Ahli Mendedahkan
Rekod Jenayah Lepas Mengenai Sultan Iskandar Dan Dua Puteranya Yang Terlibat
Dalam Sekurang-Kurangnya 23 Kes Serangan Dan Pematian Orang, Lima Daripadanya
Dilakukan Oleh Sultan Selepas Tahun 1981, Dua Kes Oleh Tunku Mahkota Dan Tiga
Kes Oleh Tunku Bendahara.
Rang Undang-Undang Diluluskan Oleh Dewan
Rakyat Dan Dewan Negara, Masing-Masing Pada 19 Dan 20 Januari 1993. Rang
Undang-Undang Yang Berusul Melucutkan Kekebalan Ini Diluluskan Oleh Enam
Daripada Sembilan Raja, Namun Menghadapi Tentangan Hebat Daripada Tiga Raja
Yang Lain, Termasuk Sultan Iskandar Sendiri. Sultan Iskandar Mengambil
Inisiatif Untuk Meraih Sokongan Diraja Untuk Menghalang Pelaksanaan Usul
Tersebut. Rang Undang-Undang Yang Berusul Melucutkan Segala Kekebalan Dari Para
Raja Dan Ahli Kerabat Diraja, Menjadikan Mereka Boleh Didakwa Mengikut
Undang-Undang Bila-Bila Masa Timbulnya Salah Laku Jenayah Yang Terbukti.
Sultan Iskandar Hendak Menganjurkan
Perarakan Di Luar Istana Dengan Tujuan Meraih Sokongan Awam Untuk Menghalang
Pelaksanaan Rang Undang-Undang Tersebut, Tetapi Terpaksa Membatalkannya Setelah
Menerima Tekanan Hebat Dari Kerajaan. Laporan Yang Dibuat Ketika Perarakan
Tersebut Menyebut Tentang Sultan Iskandar Menyeru Semua Pegawai Awam Negeri
Untuk Memulaukan Majlis-Majlis Anjuran Negeri Dan Persekutuan Sebagai Tanda
Sokongan Terhadap Tindakan Baginda.Sementara Itu, Kerajaan Persekutuan Masih
Menekan Raja-Raja Agar Memperkenankan Rang Undang-Undang Itu Sampai Dapat
Setelah Dilakukan Beberapa Semakan. Selepas Itu, Rang Undang-Undang Tersebut
Ditetapkan Dalam Perlembagaan Persekutuan Pada Mac 1993.
Rang Undang-Undang Ini Membolehkan
Raja-Raja Yang Menyalahi Undang-Undang Dikenakan Dakwaan, Manakala Akta Hasutan
1948 Turut Dipinda Untuk Membolehkan Orang Awam Mengkritik Raja-Raja. Mahkamah
Khusus Ditubuhkan Dengan Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi Untuk Memberi
Kuasa Mendakwa Ahli-Ahli Kerabat Diraja.
Gaya Hidup
Ketika Menyandang Jawatan Ydpa, Sultan
Iskandar Sering Dilihat Membawa Pistol Pada Ikatan Pinggang Di Khalayak Awam,
Sehingga Merunsingkan Orang Ramai Kerana Rekod Jenayah Lalunya. Baginda Juga
Digeruni Kerana Kehidupannya Yang Ranggi Sehingga Menarik Rasa Sinis
Seumpamanya. Baginda Juga Dikenali Sebagai Penggemar Motosikal; Siri
Dokumentari Patriotisme Kebangsaan Yang Memaparkan Sultan Iskandar Selaku Ydpa
Menunggang Motosikal Polis Dan Penampilan Ranggi Ketika Menghadiri Beberapa
Upacara Awam, Menerima Kecaman Dari Orang Awam Yang Merasa Adegan-Adegan Sultan
Iskandar Ini Tidak Sesuai Dengan Tema Dan Imej Negara.
Kehidupan Peribadi
Pada usia belia, Tunku Mahmud melayakkan
diri sebagai juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter
ringan dan sederhana. Baginda juga pandai menunggang motosikal, sehingga pernah
dilaporkan mahir membuka dan memasang semula komponen motosikal.
Sultan Iskandar juga dikenali kerana
ghairah bersukan di ruang lapang, khususnya [[golf]. Pada akhir hayat, baginda
banyak meluangkan masa lapang di Royal Johor Country Club. Lebih-lebih lagi,
baginda juga kerap bemain tenis dan skuasy. Di kalangan kenalan peribadi,
Sultan Iskandar diberi jolokan "Moody" berasaskan nama
"Mahmud." Anakandanya, Tunku Abdul Majid, mewarisi minat baginda
terhadap sukan golf amatur dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan
Golf Malaysia.
Akhir hayat dan kemangkatan
Setelah menjalani
pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000,
pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup
baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf.
Pada Januari 200, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk
merawat penyakit bronkitis.
Pada 22 Januari 2010,
Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal
hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15 petang, diumumkan
secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani
Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya,
sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum
Sultan Iskandar pada waktu pagi.
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri
upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang
Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku
Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri
Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong.
Puteranya iaitu Tunku
Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru,
juga pada 23 Januari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan