Blog Tentang Isu Semasa & Terkini Dan Sekadar Berkongsi Kisah & Info - The Fauzan Afiq Aliff ™ blog

Assalamualaikum

Selamat Datang


widgets

Lagu - Kembalilah Padaku

Khamis, 21 Mac 2013

Umur Israel Tak Lebih Dari 76 Tahun??!!

Ramalan Kedatangan IMAM MAHDI pada awal tahun 2022


Sewaktu negara Israel berdiri dan menjurus tahun 1948, seorang perempuan tua Yahudi masuk ke rumah ibu Muhammad Ar-Rasyid dalam keadaan menangis.Ketika ditanya kenapa dia menangis padahal orang-orang Yahudi sedang bergembira, dia menjawab:

"Sesungguhnya penubuhan negara Yahudi ini menjadi sebab mereka akan dibinasakan. Menurut perempuan tua itu bahawa negara Yahudi yang baru berdiri itu hanya akan berumur selama 76 tahun ".

Menurut Muhammad Ar-Rasyid perkara ini ada kaitannya dengan pusingan komet Heli yang punya hubungan erat dengan kepercayaan Yahudi. 76 tahun itu jika mengikut bulan qamariyah maka sekitar 74 tahun masehi.

1948 + 74 = 2022 M

"Maka mereka masuk", merupakan kata pada urutan 76, jika dikira dari ayat 2 surat al-Isra '. Ayat ke 2 surah Al-Isra 'adalah permulaan cerita tentang Bani Israil.Jika angka 76 kita kalikan dengan 19, maka hasilnya adalah 1444. Tahun 1444, menurut perhitungan penanggalan Hijriah, adalah saat di mana muslimin akan merebut kembali Masjid Al-Aqsa di bawah pimpinan Imam Mahdi, seperti yang terdapat dalam makna ayat 7 dalam surah Al-Isra?.

Dan apabila datang masa hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

Begitu juga jika kita mengira nilai ayat 104 surah Al-Isra? dengan menggunakan jadual al-JUMAL at-Taqlidi. Di mana ayat 104 berbicara mengenai janji akhir, iaitu berkumpulnya Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin. Jika datang janji akhir, maka Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur. Nilai yang di dapat adalah 2022. Itulah tahun di mana negara Israel akan mengalami kehancuran.

Sedang makna pada ayat tersebut yang bermaksud "dan Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur", menunjukkan bahawa pada tiga tahun terakhir sebelum berakhirnya Israel, bangsa Yahudi akan datang berbondong-bondong dan berkumpul di tanah Palestin dalam rangka untuk menghadapai pasukan Imam Mahdi dalam sebuah perang besar yang amat kritikal.

Sebuah Kata lagi dalam ayat tersebut yang bermaksud "giliran", menunjukkan pembalasan Yahudi kepada pihak yang pernah menyerang mereka dahulu. Iraq adalah bahagian terbesar dari yang mereka maksud. Kata tersebut menunjukkan juga bahawa pembalasan Yahudi kali ini tidak main-main, kerana bertalian rapat dengan kesempurnaan pembangunan negara Israel yang mengambil secara illegal tanah tanah Palestin.

Tanah tersebut akan digunakan untuk membina penempatan-penempatan baru Yahudi, guna menyatukan bangsa Yahudi yang selama ini berselerak di berbagai negara. Kaum Yahudi akan menghancurkan negara yang menentang keinginan serta tujuan mereka tersebut. Usaha-usaha mereka akan bermula secara nyata pada tahun 2008, sebagaimana yang tertera pada ayat 22 surat Al-Maidah:

Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya."

Dan lagi-lagi, jika kita mengira jumlah kata dari ayat 7 surah Al-Isra sampai dengan akhir ayat 104, akan dihasilkan 1376 kata. Jumlah tersebut sama dengan jarak tahun antara wafatnya Nabi (SAW) iaitu 632 M, sampai dengan tahun pengusiran bangsa Palestin iaitu tahun 2008.

2008 - 632 = 1376

Dengan perhitungan mengunakan jadual Al-Jumal At-Taqlidi, nilai dari ayat yang bermaksud "kami tidak akan masuk ke dalamnya (Palestin) hingga mereka keluar" adalah 2008. Tahun tersebut adalah rencana kerja kerajaan di bawah Perdana Menteri Israel saat ini, Ehud Olmert, tentang masa penentuan garis batas wilayah negara Israel.

Hal itu pernah diucapkannya dalam salah satu pusingan kempen pilihan raya bahawa tahun 2010 adalah batas waktu akhir dalam menentukan garis batas wilayah negara Israel yang baru. Dalam pernyataan lain yang dimuatkan dalam harian Jerusalem Post, Olmert menyatakan bahawa Israel akan menentukan akhir dari penentuan garis batas negaranya hingga tahun 2010.

Dalam janji kempennya sebelum terpilih menjadi perdana menteri, Olmert berjanji bahawa Israel di bawah kepemimpinanya (jika ia terpilih) akan membuat batas final yang akan memisahkan diri dari majoriti rakyat Palestin, dan akan melindungi kewujudan bangsa Yahudi secara paten. Olmert berjanji akan membuat garis batas yang jelas pada tahun-tahun berikutnya. Dan garis batas itu sangat berbeza dengan yang dibuat sekarang sebagaimana yang diberitakan oleh BBC.

Kita dapat melihat bahawa Yahudi mengetahui dengan baik apa yang mereka dapatkan semenjak awal mula penubuhan negara Israel. Kerana mereka adalah penganut agama Samawi yang mengerti kandungan kitab Taurat, yang di dalamnya terdapat berita tentang masa depan mereka, termasuk pelbagai perkara yang akan berlaku kemudiannya.

Tiada ulasan: