Blog Tentang Isu Semasa & Terkini Dan Sekadar Berkongsi Kisah & Info - The Fauzan Afiq Aliff ™ blog

Assalamualaikum

Selamat Datang


widgets

Lagu - Kembalilah Padaku

Sabtu, 6 Ogos 2011

INPUT ISU-ISU LELAKI DAN PEREMPUAN TERHADAP ISLAM SEMASA

Isu Semasa Alam Rumahtangga

Cinta dan Perkahwinan: Adakah Berakhir dengan Perkahwinan: Pengajaran Dari Surah Yusof

Kisah cinta dalam surah Yusuf tidak diakhiri dengan perkahwinan. Pada akhirnya Siti Zulaikha tidak berkahwin dengan lelaki yang sangat dicintanya, Nabi Yusuf. Justeru, berdasarkan model kisah cinta Nabi Yusuf, sebuah kisah cinta yang indah adalah kisah cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.
Dalam karya Hamka yang terkenal, “Di Bawah Lindungan Kaabah”, “Merantau ke Deli” dan “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”, percintaan hero dan heroinnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Demikian juga dalam karya Marah Roesli, “Siti Noerbaya”.
Dalam “Romeo dan Juliet”, “Laila Majnun” dan “Uda dan Dara”, semuanya tidak berakhir dengan perkahwinan.
Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after…) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!.
Komen penulis percintaan itu satu pengalaman menarik yg penuh dengan imiginasi manakala perkahwinan adalah sesuatu yg lebih realistik lalu kurnag seronoknya :)
Di petik dari website Universiti Terbuka PTS
Pendidikan Anak2 dalam Islam
Pendidikan anak dalam Islam itu bermula daripada proses memilih pasangan sebelum perkahwinan berlaku. Calon isteri untuk dikahwini hendaklah dipilih bermula dari aspek keagamaan sebagai keutamaan. Ini disebabkan kalau dipilih isteri untuk dikahwini dari kalangan wanita yang mulia dan beragama, nescaya anak daripada perkahwinan itu senang diajar kerana mewarisi kemuliaan ibunya. Begitulah sebaliknya jika memilih untuk mengahwini calon isteri dari kalangan wanita yang buruk akhlak dan tingkah lakunya. Nescaya anak dari perkahwinan itu nanti agak sukar untuk dididik. Kita ambil contoh dari cerita di zaman Khalifah Umar al Khattab berikut.
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Dipetik dari website http://ondastreet.com dan penulis sendiri..
Perkahwinan MIsyar
kenapa mereka tidak berkahwin. Bagi wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun, hujahnya ialah banyak lelaki terlibat dengan penagihan dadah dan tidak sekufu kerana wanita lebih tinggi kedudukannya daripada lelaki. Jadi, ini masalah remaja lelaki, bukan wanita. Kenapa lelaki melepaskan tanggungjawabnya, tidak mahu meningkatkan diri sendiri? Ini menunjukkan ada kehampaan dalam diri mereka.Apakah kita patut hentikan perbahasan ini?
DR. SYED ALI TAWFIK: Ya. Kita harus berbincang isu-isu yang sebenar. Isu ini langsung tidak membantu perkembangan ummah. Bahawa dengan membangkitkannya saja, akhbar saudara sudah menyebabkan orang keliru. Ada yang mengatakan perkahwinan misyar itu boleh dijadikan jalan keluar kepada masalah ibu tunggal. Apakah masalah mereka? Kalau tidak ada pendapatan dan tidak ada kerja, kita perlu bertanya apakah yang dilakukan oleh badan-badan kebajikan Islam untuk membantu ibu-ibu tunggal?
Maksud Dr. masalah yang menjadi punca kepada cadangan itu ada jalan penyelesaian lain, dan bukan perkahwinan misyar?
DR. SYED ALI TAWFIK: Ya, itu maksud saya. Apabila kita mengatakan sesuatu itu sebagai puncanya, kita mesti membahaskannya dengan hujah yang sah dan kukuh. Mereka mungkin ada hujah yang sah tetapi tidak kukuh. Hujah yang sah tetapi tidak kukuh tidak boleh dijadikan hujah. Apa-apa saja hujah boleh menjadi hujah yang sah tetapi ia tidak semestinya kukuh.
Itu sebabnya kalau isu ini mahu dibangkitkan, kita harus bertanya apakah kita memang ada masalah sehingga memerlukan kepada penyelesaian ini? Saya pun mahu tahu berapakah jumlah wanita yang tidak berkahwin, dan adakah mereka mahu kepada perkahwinan misyar? Adakah mereka meminta ia dibenarkan? Adakah mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak perlu ada tanggungjawab, yang tidak payah membayar nafkah? Nafkah itu wajib, bukan sesuatu yang harus. Bolehkah lelaki mengelak daripada bertanggungjawab?
Dipetik dari Blog Zamri Mohamad

———————————————————–

Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.
Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.
Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.
Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.
Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.
Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.
Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata “Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi”.
Ada pula yang berkata, “Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.
Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, “Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan”. Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.
Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.
Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)
Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.
Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?
Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?
Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.
Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah
Al-’Asr ayat 1-3).
Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.
Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.
Dipetik dari Harian Metro.

Isu semasa: Curang: Facebook, SMS, jahil agama punca penceraian

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.
Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:

  • Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.

  • Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.

  • Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

  • Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.

  • Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.

  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.

  • Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.

  • Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.
    Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.
    Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.
    Di petik dari Utusan Malaysia
    ———————————————————————————————————
    Isu semasa: Wali-Peranan dan isu berkaitan
    PERKAHWINAN adalah amanah Allah S.W.T yang dilaksanakan demi menambah zuriat di muka bumi ini. Bagi menyempurnakan amanah Allah itu, lima rukun ditetapkan dan wajib dipatuhi iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan sighah ijab kabul.
    Jika kekurangan satu daripada rukun itu, perkahwinan tidak sah. Antara isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali.
    Terdapat kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya apabila semuanya berkisar mengenai kuasa wali.
    Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah itu.
    Antara dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah Firman Allah:
    “Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman”. ( Al-Baqarah : 222)
    Daripada hadith Nabi saw:
    “Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
    Hakim Mahkmah Tinggi Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, ketika berceramah di Seminar Wali dan Perundangan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan baru-baru ini, mengulas isu wali dalam Islam.
    Kira-kira 400 peserta menghadiri ceramah itu.
    Beliau berkata, dalam konteks perkahwinan Islam, ia tidak boleh diteruskan tanpa wali manakala status wali dengan bakal pengantin perempuan sangat penting.
    Beliau berkata, antara syarat sah wali ialah Islam, baligh (sekurang-kurangnya berusia 15 tahun), berakal, lelaki (perempuan tidak sah menjadi wali) dan merdeka.
    Jika pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali, ia akan dinikahkan menggunakan wali hakim. Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
    Beliau berkata, jika bapa kandung masih ada dan menepati syarat sah nikah, perkahwinan boleh dilangsungkan tanpa masalah.
    “Bagaimanapun, jika bapa kandung meninggal dunia, hak wali berpindah kepada datuk sebelah bapa atau moyangnya jika ada.
    “Namun, ada umat Islam kurang memahami kedudukan wali, memilih abang kandung atau bapa saudara menjadi wali selepas bapa kandung meninggal dunia.
    “Inilah yang perlu diperbetulkan kerana isu ini amat penting kerana ia membabitkan generasi masa depan dan bagi mereka yang kurang arif mengenai isu ini, rebutlah peluang dengan menghadiri seminar ini untuk mendapat maklumat tepat berkenaan wali ini,” katanya.
    Sementara itu, Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman meminta pasangan yang ingin berkahwin jangan mengambil mudah soal wali kerana bimbang ikatan perkahwinan menjadi tidak sah.
    Beliau berkata, jika perkahwinan tidak sah, seumur hidup pasangan itu bergelumang dengan dosa.
    Sebagai contoh, katanya, jika bapa meninggal dunia dan anak perempuannya akan melangsungkan perkahwinan hak wali secara automatik berpindah kepada datuk lelakinya dan perkara ini yang kurang diberi pendedahan.
    “Kebiasaannya kita hanya tahu wali itu digantikan dengan saudara kandung lelaki atau bapa saudara, tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat isu hukum ini.
    “Selepas datuk, jika moyang lelaki mereka masih hidup dan waras serta mencukupi syarat sebagai wali, dia lebih berhak dan bukan adik-beradik,’ katanya.
    Beliau berkata, jika menggunakan wali dalam kalangan bapa saudara atau adik-beradik lelaki sedangkan datuk kepada bakal pengantin perempuan masih hidup, perkahwinan itu tidak sah di segi hukum syarak.
    “Bakal pengantin perlu merujuk kepada pejabat kadi untuk menentukan kedudukan sebenar dan keputusan mengenai status perkahwinan mereka ditentukan mahkamah.
    “Mahkamah Syariah berhak membubarkan perkahwinan itu dan pasangan terbabit akan dinikahkan semua mengikut peraturan yang ditetapkan hukum syarak,” katanya.
    Imam Masjid Cherating, Mustafa Yusoff, 61, menyambut baik usaha Jaip mengadakan seminar mengenai wali bagi memberi kefahaman kepada umat Islam hak wali dalam perundangan Islam berkaitan perkahwinan.
    “Kita tidak mahu ada kekeliruan timbul berhubung isu wali ini pada masa depan kerana ia akan menjejaskan sesebuah institusi perkahwinan,” katanya.
    ———————————————————————————————————
    Isu semasa: Perkahwinan bukan seperti mi segera
    KUALA LUMPUR: “Perkahwinan bukan seperti mi segera, cepat dimasak dan boleh dinikmati serta-merta,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berhubung penderitaan ditanggung Alina akibat didera suami.
    Menurutnya, perkahwinan adalah satu ibadat dan tuntutan agama untuk tempoh panjang, bukan didorong hawa nafsu bagi menghalalkan seks semata-mata.
    “Lihat apa berlaku pada Alina dan pasangannya. Pada saya, perkahwinan mereka terlalu terburu-buru. Mereka memilih jalan singkat berkahwin di Songkhla dan kini timbul dua masalah, si suami tidak bertanggungjawab manakala si isteri menderita didera.
    “Dalam hal ini, mangsa tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Sebab itu saya katakan perkahwinan ini satu ibadat, jika bukan niat kerana Allah, hancurlah rumah tangga itu nanti,” katanya ketika dihubungi.
    Dr Rubiah berkata, masyarakat perlu sedar dan belajar daripada perkahwinan yang hanya didorong hawa nafsu, lebih-lebih lagi kes begini semakin membimbangkan.
    “Saban hari, pelbagai masalah membabitkan rumah tangga terlalu mudah ditatap di media dan akhbar. Bagaikan satu trend yang tiada kesudahannya.
    “Pihak berkuasa perlu memikirkan satu formula untuk menangani masalah ini supaya tidak melarat dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.
    Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPGSM), Musa Awang berkata, Alina sewajarnya mengambil tindakan undang-undang akibat penderitaan ditanggungnya.
    Katanya, undang-undang di negara ini lengkap dan mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam untuk memudahkannya menangani masalah terbabit.
    “Bagaimanapun, daripada segi perundangan syariah di negara ini, mahu tidak mahu mereka perlu mengesahkan perkahwinan terbabit sebelum tindakan susulan dilakukan, misalnya jika ingin menuntut perceraian.
    “Apapun, mereka masih boleh merujuk masalah itu kepada polis atau pihak berkuasa tertentu berikutan tindakan suami mendera mangsa,” katanya.
    Selain itu, Musa berkata, masalah dihadapi Alina dan suami tidak akan timbul jika melangsungkan perkahwinan secara sah di negara ini.
    Dipetik dari Harian Metro
    ———————————————————————————————————

    Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
    KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.
    Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.
    Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.
    Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.
    Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
    Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.
    DI PETIK DARI HARIAN METRO
    ————————————————————————————————————————————————-

    Remaja dan jiwa istiqamah

    Oleh NURUL IZZAH SIDEK
    Istiqamah para remaja adalah dituntut untuk memperkasa akal budi remaja dengan ilmu yang Islami dan bermanfaat. -Gambar hiasan

    ISTIQAMAH bermaksud teguh hati, dan melakukan sesuatu secara berterusan. Jiwa istiqamah berdiri atas prinsip yang teguh, akhlak yang baik, dan ada kekebalan menghadapi cabaran.
    Para remaja memerlukan jiwa istiqamah yang tinggi pada masa kini bagi menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran remaja Islam masa kini tidak memadai hanya dengan belajar ilmu fardu ain semata-mata.
    Cabaran kini dan masa depan banyak yang bersifat pemikiran, intelektual, ideologi, sains dan teknologi. Sebagai remaja proses pengilmuan mestilah baik dan sempurna supaya jiwa istiqamah dapat dibina.
    Membangun jiwa istiqamah di kalangan remaja memerlukan dukungan ilmu. Ilmu dalam Islam umpamanya, ibarat cahaya. Ia memimpin jalur berfikir dan arah tindakan yang baik. Ilmu-ilmu Islam tidak sekadar menghubungkan remaja dengan potensi berfikir tetapi juga mendidik remaja memahami perkara-perkara yang ghaib. Para remaja harus dibina kekuatan fikir dan juga zikir, dalam erti kata yang luas.
    Berfikir secara Islamik tidak sahaja melihat seusatu itu diciptakan tetapi secara zikirnya remaja Islam perlu tahu hikmah di sebalik wujudnya sesuatu. Daripada situ fikir dan zikir berkembang.
    Fikir lebih banyak memberi fokus kepada benda-benda yang tampak yang boleh dihujah dengan akal dan dirasakan oleh pancaindera. Tetapi hal-hal yang ghaib terhubung dengan keyakinan kita kepada Allah dan al-Quran menjadi sumber memberikan sedikit rahsia di sebalik kewujudan sesuatu.
    Ayat-ayat al-Quran tidak sahaja bersifat harfiah atau kalimah-kalimah, tetapi maksud Ayatullah itu menghubungkan wahyu dengan kehidupan. Contohnya bila al-Quran menyebutkan autad iaitu pasak-pasak bumi terhadap gunung-ganang, ia memberi kita hikmah bahawa pada bumi itu ada titik keseimbangan yang terkait dengan gunung ganang. Hikmahnya, supaya manusia juga memiliki titik keseimbangan.
    Kedua, al-Quran menyebutkan Allah menjadikan alam ini pada kadarnya. Gelombang di lautan beralun dengan hebatnya tetapi apabila sampai ke pantai ia berpatah semula. Itu berlaku berulang-ulang dan menunjukkan bahawa air laut batasannya ialah pantai.
    Ia tidak melampaui daratan kecuali berlaku tsunami. Ia memberi hikmah kepada manusia bahawa apa pun perbuatan kita, kehendak kita, keinginan kita dan kemampuan kita tetap ada batasnya. Allah mengingatkan manusia supaya kita jangan melampaui batas.
    Para remaja mempunyai potensi sebagai kelompok peniru dan mudah dengan unsur-unsur negatif dari sumber yang pelbagai. Ketiadaan ilmu yang memberi tunjangan kepada akal budinya telah menyebabkan para remaja mudah cair dengan pengaruh di luar dirinya dan mudah mengagumi dengan hal-hal yang bersifat popular. Remaja sebahagiannya memiliki sifat dan tabiat yang berubah-ubah. Ini membayangkan jiwa yang tidak istiqamah.
    Jiwa istiqamah juga harus dididik dan dilatih dengan nilai-nilai agama yang membentuk watak-watak manusiawi. Watak ini penting bagi remaja kerana di tahap inilah proses pembentukan jati diri seharusnya berlaku.
    Dewasa ini antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan cair dengan pengaruh popular, sama ada gaya hidup, cara berpakaian, corak hiburan, jenis lagu dan muzik, adalah gambaran sesuatu yang diambil daripada orang, bukan berasaskan budaya dan tradisi sendiri.
    DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE
    —————————————————————————————————————————————————
    Kes buang bayi bukan hanya babitkan budak kampung malah meluas di kalangan pelajar IPT
    KETIKA media elektronik dan cetak ghairah menyiarkan isu buang bayi, Kak Ani juga seperti orang lain, cuba mencari punca permasalahan itu berlaku.
    Mengapa remaja mudah terjebak hubungan terlarang sehingga sanggup menggadai maruah diri? Inilah yang Kongsi Rasa mahu kupas kali ini. Apabila persoalan ini dibahas, perkara pokok mesti berkisar kepada permasalahan moral. Remaja kini tak kuat pegangan agama, mudah digoda dan semuanya bertitik tolak kepada pergaulan bebas.
    Kumpulan sasar yang terbabit dalam gejala ini bukan setakat budak kampung malah berjangkit ke pusat pengajian tinggi yang sepatutnya lebih panjang akalnya.
    Sedih, simpati dan geram! Begitulah perasaannya sebaik membaca berita seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi menerima hukuman denda dan penjara kerana kesalahan membuang bayinya dalam tong sampah dan ditemui dalam keadaan terbakar.
    Orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau tiada lelaki terbabit, dari mana benih itu datang dan ‘tertanam’ dalam rahim wanita?
    Si lelaki mudah angkat kaki kerana tiada kesan tercalar pada diri mereka.
    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pernah melahirkan rasa kesal dengan perbuatan keji dan mengecam lelaki ‘ghaib’ yang lepas bebas selepas merosakkan maruah wanita.
    Inilah yang perlu wanita beringat sebelum merelakan diri dipergunakan golongan bertopengkan nafsu binatang. Jangan fikir keseronokan sedetik saja, tetapi fikirkan bala yang bakal ditanggung hasil perbuatan terkutuk itu.
    Mengapa hubungan terlarang berlaku? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa remaja memberi pendapat punca berlaku perzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi.
    Remaja pertama, H menjadikan alasan faktor menunggu terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan remaja terdorong melakukan maksiat.
    Menurutnya, ada jurang pendapat mengenai masa sesuai berkahwin antara golongan muda dan tua. Katanya, adalah menjadi harapan ibu bapa supaya anak mereka menghabiskan pengajian dulu baru boleh memikirkan pasal kahwin.
    “Kalau dihitung masa pengajian peringkat ijazah di universiti, lelaki dan wanita hanya layak kahwin pada usia 23 tahun. Itu belum lagi dikira mereka yang kecundang dalam peperiksaan, masa mencari kerja atau ambil pengajian peringkat sarjana atau PhD.
    “Kalau faktor itu diambil kira, usia untuk berkahwin akan meningkat lagi,” katanya.
    H berkata, bagi golongan tua, mereka ada alasan tersendiri tidak menggalak anak masih belajar berkahwin awal. Kos perkahwinan yang tinggi, tiada pendapatan tetap juga dijadikan alasan kukuh menghalang anak kahwin cepat.
    Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.
    Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting.
    Remaja kedua Z berpendapat, naluri manusia untuk hidup berpasangan memang sesuatu yang normal. “Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.
    “Pergaulan bebas dan perkembangan maklumat tanpa sempadan, membuka jalan kepada golongan muda terjerumus ke lembah maksiat kerana terpengaruh dengan budaya yang dibawa dari luar.
    “Pengaruh tak baik mudah menular jika remaja itu tiada benteng pertahanan iaitu didikan agama,” katanya.
    Selain itu ada pasangan terpaksa ketepi perkahwinan kerana dikekang kontrak kursus yang menggariskan syarat tidak membenarkan pelatih berkahwin sepanjang menjalani kursus. Z juga kesal dengan sikap golongan tua yang mengabaikan tanggungjawab menentukan jodoh anak.
    Berdasarkan faktor itu ramai gadis terpaksa melalui kehidupan sendirian dan ada yang tidak kahwin sampai tua.
    Bagi mereka yang bersikap terbuka, menggunakan keistimewaan yang ada pada diri untuk memikat lelaki tidak kira bujang ataupun suami orang. Akibat dorongan nafsu, mereka ini mudah terperangkap dalam hubungan terlarang.
    Kak Ani cukup bimbang gejala buruk yang mungkin berlaku disebabkan wujudnya syarat dan halangan membina masjid.
    Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja mengadakan hubungan seks luar nikah. Mengapa keadaan ini terjadi itulah yang hendak kita kongsi dengan pembaca.
    Apakah remaja kini sudah tiada pegangan agama sehingga sanggup melakukan perkara yang jelas dosanya? Ke mana perginya sifat pemalu yang seharus ada kepada wanita?
    Teringat Kak Ani kata-kata pengacara Imam Muda, Astro Oasis, Dzulkarnain Hamzah, ketika berceramah sempena Israk dan Mikraj di Masjid Amrul Ibnu Al-Ass, Bandar Baru Sentul, baru-baru ini:
    “Ketika penumpang bersesak dalam bas mini suatu masa dulu, lelaki yang tak sengaja tersentuh akan ditempelak si gadis kerana mereka menghargai maruah diri. Keadaan ini berbeza dengan gadis sekarang yang secara terbuka menggoda lelaki dan menganggap sentuhan nafsu perkara biasa,” katanya.
    Walaupun sudah melewati zaman remaja, Kak Ani ada anak gadis yang perlu diawasi dan diberi perhatian. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, kita sebagai orang tua perlu mengambil berat kepada perkembangan mereka.
    Rasanya tak salah kalau kita hidupkan balik budaya mencari jodoh untuk anak, bukan?
    DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE
    Soalan:
    Apakah seorang suami gugur tanggungjawab memberi nafkah kepada isterinya jika isterinya itu  bekerja dan mampu menyara dirinya sendiri?
    Jawapan Penulis:
    Ya, wajib memberi nafkah kepada isteri dalam hal ini tetapi mengikut jumlah yang dipersetujui oleh kedua2 belah pihak.
    Soalan 2:
    Saya malu untuk bertanya kerana sudah dewasa dan baru belajar cara mandi wajib melalui buku panduan. Bagaimanapun, saya masih sangsi adakah cara yang saya lakukan itu betul.
    Bolehkah Datuk terangkan cara mandi wajib yang betul? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapat keampunan Allah?
    Jawapan : Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mandi bersuci daripada hadas besar sangat penting, jika tidak suci segala amalan ibadat dilakukan tidak diterima Allah.
    Cara mandi hadas ialah dengan berniat terlebih dulu mandi hadas atas seluruh tubuhnya dan kemudian mandi dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh. Adalah sunnah untuk orang yang mandi mulai basuh kedua-dua pergelangan tangan tiga kali, kemudian membasuh kotoran yang ada, termasuk kemaluan. Kemudian dibasuh setiap anggota wuduk sebelum mandi seluruh tubuh.
    Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
    Harian Metro Komen dari editor Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin:
    Masalah masalah tentang ibadah dan thaharoh adalah perkara asas kepada setiap orang islam. Yang menyedihkan apabila selepas melangkah ke alam perkahwinan, masih lagi ada suami dan isteri (bakal ibu dan bapa) masih tidak mendapat ilmu yang cukup dalam bab yang asas ini. Perkahwinan adalah permulaan membina keluarga dan Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin mendapati kekurangan ilmu asas agama ini kan berlanjutan dan memberi kesan terhadap anak anak yang terhasil dari perkahwinan dari ibu bapa ini.
    Pusat Kursus Astana Mukmin amat berharap pasangan-pasangan yang ingin memasuki gerbang perkahwinan supaya bertanya kepada ustaz dan penceramah semasa menghadiri kursus kahwin ditempat kami dalam segala hal dan persoalan yang kecil sekalipun. Penceramah-penceramah di Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin akan sentiasa memberi perhatian akan masalah2 peserta dan insya Allah akan cuba memberi keterangan dan menyelesaikan kekusutan berkaitan.
    Kursus kahwin,kursus perkahwinan,kursus kawin dan kursus kahwin adalah nama2 yang dicari di internet,kursus perkahwinan JAWI,kursus,kahwin JAIS,perkahwinan kuala lumpur,Kursus kahwin MAIK,kursus perkahwinan juga antara perkataan yang dicari dalam google.

    Memang nama 2 seperti kursus kawin,kursus kahwin ,kursus perkahwinan,JAWI,kursus,kahwin,perkahwinan,kuala lumpur, menjadi bualan anak muda yang ingin berkahwin. Jadi marilah pergi Kursus kahwin @ kursus perkahwinan@kursus kawin @kursus kahwin @ kursus kahwin @ kursus perkahwinan @ di JAWI,kursus, kahwin,perkahwinan kuala lumpur di Astana Mukmin

    Tiada ulasan: