Blog Tentang Isu Semasa & Terkini Dan Sekadar Berkongsi Kisah & Info - The Fauzan Afiq Aliff ™ blog

Assalamualaikum

Selamat Datang


widgets

Lagu - Kembalilah Padaku

Rabu, 31 Ogos 2011

Apakah Kita Sudah Benar-Benar Merdeka

 QWERTY


Selepas Tujuh Ratus Tahun Wujudnya Empayar Islam, Sedikit Demi Sedikit Kawasan Jajahan Empayar Islam Dijajah Oleh Kuasa Kuasa Barat Termasuk Britain, Perancis, Belanda Portugal Dan Lain-Lain Lagi. Jajahan Empayar Islam Dibuat Sempadan Dan Dibahagi-Bahagi Di Antara Kuasa-Kuasa Penjajah Tersebut. Lahirlah Berbagai Negara Di Kawasan Empayar Islam Yang Dahulunya Adalah Di Bawah Naungan Satu Pemerintahan.

Di kawasan timur tengah iaitu di kawasan umat berbangsa Arab sendiri, Britain telah menu buhkan berbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan sebagainya. Di uta ra Afrika, Perancis menubuhkan Algeria, Tunisi Libya, Maghribi dan lain-lain lagi. Benua ke India pula dipecah dua kepada India dan Pakis tan. Begitulah seterusnya yang berlaku di kawaj san-kawasan dunia Islam yang lain. Malaysia (atau Malaya) ketika itu tidak terkecuali.

Disebabkan pengaruh penjajahan ini, banyak perkara yang besar-besar telah hilang dan umat Islam. Di antaranya, umat Islam telah hilang satu empayar yang telah dipecah-pecah dan dicaing-caing mengikut sempadan politik, geografi, agama, etnik dan bangsa. Umat Islam hilang wibawa, hilang kasih sayang antara satu sama lain dan hilang perpaduan. Identiti dan kesatuan umat Islam tenggelam dan ditimbulkan identiti kebangsaan dan etnik yang memecah-belahkan lagi umat Islam. Yang paling rugi, umat Islam hilang ilmu dan hikmah yang telah menjadi sumber kekuatan umat Islam sebelumnya hingga telah terbina satu empayar Islam yang begitu hebat dan besar.
Kebanyakan umat Islam zaman ini tidak tahu dan tidak faham, apakah dia ilmu dan hikmah ini kerana di sepanjang kehidupan mereka, mereka tidak pernah melihat atau terdedah kepadanya. Ini semua sudah hilang dari umat Islam setelah hati-hati mereka dipenuhi dengan dunia dan setelah mereka dijajah sekian lama.

Ilmu di sini bukan setakat ilmu ciptaan manusia atau ideologi. Ilmu di sini merangkumi ilmu wahyu iaitu apa yang Tuhan dan Rasul ajar kepada kita. Kalau kita suluh sesuatu dengan ilmu wahyu, kita akan dapat faham sesuatu itu dengan cara yang Tuhan mahu kita faham. Kita akan dapat bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan. Tetapi kalau kita suluh sesuatu itu dengan ilmu dunia ciptaan manusia atau ideologi, kita akan faham cara lain. Kita akan tersimpang jauh dari jalan Tuhan dan jalan yang Tuhan redhai.

Hikmah pula bukan setakat ilmu sahaja. Hikmah bukan setakat mampu membaca daripada apa yang tersurat sahaja tetapi boleh pula memahami perkara yang tersirat atau yang tersembunyi dari Al Quran dan Hadis. Hikmah adalah ilmu
seni, ilmu hati atau ilmu dalam ilmu. Dengan hikmah, seseorang itu mendapat ilmu yang sangat mendalam hingga mampu menyelesaikan masalah. Tahu punca dan tahu juga jalan penyelesaiannya. Mampu membina jiwa dan keinsanan manusia dan dapat pula memimpin mereka. Mampu mengatasi musuh da lam semua hal. Termasuk juga hikmah ini, bantuan-bantuan ghaib seperti firasat, kasyaf, ilmu laduni, hatif, ilham dan sebagainya.

Hendak dapatkan semula semua ini bukan senang. Ia me merlukan satu perjuangan sepertimana Rasulullah SAW ber juang. Ia mesti bermula semula dari awal. Ia mesti bermula semula dari kosong. Kita kena bermula semula dari jemaah kemudian daulah dan akhirnya ummah. Apa yang wujud se karang sama ada negara, sistem mahupun masyarakatnya sudah terlalu rosak hasil dari usaha musuh penjajah hingga ia tidak dapat lagi digunakan sebagai tapak, asas atau permulaan bagi sesuatu perjuangan kebenaran.

Kini, banyak negara-negara umat Islam seperti yang disebut sebelum ini telah merdeka. Maksudnya mereka telah bebas dari cengkaman kawalan dan kuasa penjajah. Penjajah tidak lagi campur tangan dalam urusan pentadbiran negara mereka Justeru negara-negara berkenaan merasa bebas, kuat dan berdaulat.
Sebenarnya, rasa bebas dan merdeka ini sangat bahaya. Ia melahirkan rasa puas hati dan rasa selamat yang boleh merugi kan. Ia melahirkan contentment. Ia juga melahirkan compla cency. Hingga kita tidak nampak lagi keadaan yang sebenar yang menimpa dan yang menguasai diri kita. Kita tidak sedar bahawa kemerdekaan yang kita megah-megahkan itu sangat merosakkan kita. Dijajah kita rugi. Setelah merdeka, kita bertambah-tambah rugi lagi.

Kalau diukur secara lahiriah, memang patut kita gembira kerana telah merdeka. Kita bebas. Kita boleh capai kemajuan ikut cara dan acuan kita sendiri. Kita yang menentukan nasi dan haluan hidup kita. Tetapi kalau diukur dengan ilmu ter utamanya ilmu wahyu dan juga hikmah, nyata bahawa kita belum merdeka lagi. Kerana kemerdekaan itu sepatutnya me rangkumi dua aspek atau perkara. Selagi dua aspek atau perkara ini belum kita capai, kita sebenarnya belum merdeka. Dua perkara itu ialah:
  • Kemerdekaan fizikal
  • Kemerdekaan rohani dan maknawi
MERDEKA SECARA FIZIKAL
Merdeka secara fizikal sahaja sebenarnya belum boleh lagi dikatakan sebagai merdeka sekiranya rohani dan maknawi kita masih lagi terjajah. Bukan mudah untuk melihat perbezaan ini. Bukan mudah untuk memahami apa itu penjajahan fizikal dan apa itu penjajahan rohani dan maknawi. Hanya orang yang qarib atau hampir dengan Tuhan sahaja yang akan nampak atau dapat mengesannya.

Penjajahan secara fizikal sebenarnya bukanlah satu penjajahan yang serius. Penjajah yang hanya menjajah secara fizikal, lebih-lebih lagi yang menjajah menggunakan kekerasan, kekuatan senjata dan kuasa tentera hanya mengundang kebencian, kemarahan dan penentangan rakyat. Rakyat menentang dan memberontak. Walaupun rakyat ditekan dan ditindas namun penjajah pun tidak senang, tidak selamat dan tidak bahagia. Rakyat menganggap penjajah sebagai musuh yang mesti ditentang habis-habisan. Penjajah tidak diberi kerjasama. Hasilnya penjajah tidak akan dapat mempengaruhi dan mengambil hati rakyat. Rakyat jauh dari penjajah.

MERDEKA SECARA ROHANI DAN MAKNAWI
Penjajahan secara rohani dan maknawi lebih berkesan. Inilah bentuk penjajahan yang diamalkan oleh British terhadap tanah-tanah jajahannya termasuk Malaysia (Malaya). Hendak merdeka dari penjajahan bentuk inilah yang paling sukar. Ia seperti musuh yang masuk dalam kelambu. Rakyat sudah menganggap Penjajah itu kawan dan sahabat. Penjajah diberi kepercayaan penuh. Ini adalah lebih merbahaya. Penjajahan bentuk ini di laksanakan seperti berikut:

1. Melalui ideologi
Ideologi diasak ke dalam benak dan pemikiran umat Islam melalui psikologi dan pendidikan hingga ia menjadi satu amalan, pegangan dan aqidah umat Islam. Malahan ia sampai mengatasi agama. Ini termasuklah dalam hal demokrasi, per undangan, konsep kebangsaan, kapitalisme, sistem riba malah-an dalam semua sistem hidup yang berlandaskan ideologi. Sistem Islam ditolak ke tepi. Malahan sistem hidup cara peme rintahan dan perundangan Islam dicemuh dan dihina. Rakyat mengaku Islam tetapi pemikiran dan cara hidup mereka tidak ada bezanya dari cara hidup kafir penjajah.

2. Melalui ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan dalam ideologi telah mengambil alih ilmu Islam. Semua ilmu semata-mata menghala ke dunia. Semua ilmu semata-mata untuk dunia. Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tentang Akhirat, tentang Syurga dan Neraka, tentang syariat dan tentang akhlak. Akhirnya umat Islam hilang iman, hilang Tuhan dan hilang akhlak. Umat Islam terputus dengan Tuhan dan terputus hubungan dengan agama.
Orang Islam yang berjaya mendapat ilmu dunia dan ilmu ideologi disanjung, diberi jawatan dan gaji yang tinggi. Orang ini pula merasa bangga, megah, sombong dan tinggi diri. Kerana sudah tidak ada Tuhan dan tidak ada agama dalam hidup me-reka, mereka terjebak dengan maksiat dan kemungkaran. Kehidupan seperti ini terus jadi budaya.

Kalau ada pun yang hendak belajar ilmu agama, diduniakan dan disekularkan ilmu agama itu hingga yang ada ilmu agama pun lebih cinta dunia dari cinta Tuhan. Ilmu agama itu disem-pitkan dan dijuruskan ke dalam jurusan-jurusan yang kecil kecil hingga ia tidak lagi berkesan untuk mendidik rakyat. Orang belajar agama pun untuk tujuan mendapat sijil dan jawatan. Ilmu agama diduniakan.
Bila ideologi dan ilmu dunia seperti ini diterima dan dijadikan amalan dan cara hidup umat Islam, maka umat Islam terhimpit dan tersepit dengan sistem ciptaan penjajah. Sistem Islam tidak dapat diamalkan lagi. Segala sistem hidup terpaksa mengikut sistem penjajah yang jelas adalah ciptaan Yahudi dan Nasrani yang tentunya bercanggah dengan syariat Tuhan. Ini tepat seperti amaran yang Allah SWT berikan dalam Al Quran yang berbunyi:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya, tidak akan redha Yahudi dan Nasara kepada engkau (ya Muhammad), sehingga engkau mengikut cara hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Maka rosaklah kehidupan umat Islam. Rosak ekonomi, rosak kebudayaan, rosak pendidikan dan sebagainya. Sepatutnya umat Islam berekonomi dengan penuh kasih sayang, penuh pembelaan, penuh khidmat dan bertolong-bantu tetapi terpaksa berekonomi dengan sistem riba dan kapitalis yang hanya mementingkan untung, yang menekan dan menindas. Sepatutnya umat Islam berkebudayaan dan berhibur dengan kebenaran untuk mendapat hidayah dan ketenangan jiwa tetapi diajar oleh penjajah supaya berhibur dengan maksiat untuk memuaskan hawa nafsu. Sepatutnya umat Islam dididik mencintai Tuhan dan bekerja untuk mendapat redha Tuhan tetapi diajar oleh penjajah supaya umat Islam dididik untuk jadi pencinta dan pemburu dunia.
Tetapi umat Islam tidak sedar. Mereka terbuai dengan kegembiraan menyambut kemerdekaan tahun demi tahun dengan berbagai-bagai aktiviti yang tidak berfaedah. Hakikatnya, mereka masih dan tetap terjajah. Rohani dan pemikiran mereka, hatta kehidupan mereka sendiri terus terjajah. Mereka terus terikat dengan pemikiran dan sistem hidup penjajah. Mereka tetap jauh dari cara hidup Islam yang Tuhan mahu. Bagai manakah umat Islam kini akan dapat keluar dan terlepas dari penjajahan rohani dan maknawi seperti ini? Penjajah telah lama pergi tetapi hakikatnya penjajahan terus berlaku. Kita pun sangsi, kemerdekaan apakah sebenarnya yang kita sambut tahun demi tahun itu?

Sabtu, 6 Ogos 2011

INPUT ISU-ISU LELAKI DAN PEREMPUAN TERHADAP ISLAM SEMASA

Isu Semasa Alam Rumahtangga

Cinta dan Perkahwinan: Adakah Berakhir dengan Perkahwinan: Pengajaran Dari Surah Yusof

Kisah cinta dalam surah Yusuf tidak diakhiri dengan perkahwinan. Pada akhirnya Siti Zulaikha tidak berkahwin dengan lelaki yang sangat dicintanya, Nabi Yusuf. Justeru, berdasarkan model kisah cinta Nabi Yusuf, sebuah kisah cinta yang indah adalah kisah cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.
Dalam karya Hamka yang terkenal, “Di Bawah Lindungan Kaabah”, “Merantau ke Deli” dan “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”, percintaan hero dan heroinnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Demikian juga dalam karya Marah Roesli, “Siti Noerbaya”.
Dalam “Romeo dan Juliet”, “Laila Majnun” dan “Uda dan Dara”, semuanya tidak berakhir dengan perkahwinan.
Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after…) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!.
Komen penulis percintaan itu satu pengalaman menarik yg penuh dengan imiginasi manakala perkahwinan adalah sesuatu yg lebih realistik lalu kurnag seronoknya :)
Di petik dari website Universiti Terbuka PTS
Pendidikan Anak2 dalam Islam
Pendidikan anak dalam Islam itu bermula daripada proses memilih pasangan sebelum perkahwinan berlaku. Calon isteri untuk dikahwini hendaklah dipilih bermula dari aspek keagamaan sebagai keutamaan. Ini disebabkan kalau dipilih isteri untuk dikahwini dari kalangan wanita yang mulia dan beragama, nescaya anak daripada perkahwinan itu senang diajar kerana mewarisi kemuliaan ibunya. Begitulah sebaliknya jika memilih untuk mengahwini calon isteri dari kalangan wanita yang buruk akhlak dan tingkah lakunya. Nescaya anak dari perkahwinan itu nanti agak sukar untuk dididik. Kita ambil contoh dari cerita di zaman Khalifah Umar al Khattab berikut.
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Dipetik dari website http://ondastreet.com dan penulis sendiri..
Perkahwinan MIsyar
kenapa mereka tidak berkahwin. Bagi wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun, hujahnya ialah banyak lelaki terlibat dengan penagihan dadah dan tidak sekufu kerana wanita lebih tinggi kedudukannya daripada lelaki. Jadi, ini masalah remaja lelaki, bukan wanita. Kenapa lelaki melepaskan tanggungjawabnya, tidak mahu meningkatkan diri sendiri? Ini menunjukkan ada kehampaan dalam diri mereka.Apakah kita patut hentikan perbahasan ini?
DR. SYED ALI TAWFIK: Ya. Kita harus berbincang isu-isu yang sebenar. Isu ini langsung tidak membantu perkembangan ummah. Bahawa dengan membangkitkannya saja, akhbar saudara sudah menyebabkan orang keliru. Ada yang mengatakan perkahwinan misyar itu boleh dijadikan jalan keluar kepada masalah ibu tunggal. Apakah masalah mereka? Kalau tidak ada pendapatan dan tidak ada kerja, kita perlu bertanya apakah yang dilakukan oleh badan-badan kebajikan Islam untuk membantu ibu-ibu tunggal?
Maksud Dr. masalah yang menjadi punca kepada cadangan itu ada jalan penyelesaian lain, dan bukan perkahwinan misyar?
DR. SYED ALI TAWFIK: Ya, itu maksud saya. Apabila kita mengatakan sesuatu itu sebagai puncanya, kita mesti membahaskannya dengan hujah yang sah dan kukuh. Mereka mungkin ada hujah yang sah tetapi tidak kukuh. Hujah yang sah tetapi tidak kukuh tidak boleh dijadikan hujah. Apa-apa saja hujah boleh menjadi hujah yang sah tetapi ia tidak semestinya kukuh.
Itu sebabnya kalau isu ini mahu dibangkitkan, kita harus bertanya apakah kita memang ada masalah sehingga memerlukan kepada penyelesaian ini? Saya pun mahu tahu berapakah jumlah wanita yang tidak berkahwin, dan adakah mereka mahu kepada perkahwinan misyar? Adakah mereka meminta ia dibenarkan? Adakah mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak perlu ada tanggungjawab, yang tidak payah membayar nafkah? Nafkah itu wajib, bukan sesuatu yang harus. Bolehkah lelaki mengelak daripada bertanggungjawab?
Dipetik dari Blog Zamri Mohamad

———————————————————–

Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.
Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.
Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.
Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.
Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.
Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.
Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata “Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi”.
Ada pula yang berkata, “Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.
Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, “Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan”. Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.
Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.
Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)
Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.
Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?
Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?
Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.
Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah
Al-’Asr ayat 1-3).
Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.
Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.
Dipetik dari Harian Metro.

Isu semasa: Curang: Facebook, SMS, jahil agama punca penceraian

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.
Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:

  • Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.

  • Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.

  • Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

  • Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.

  • Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.

  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.

  • Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.

  • Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.
    Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.
    Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.
    Di petik dari Utusan Malaysia
    ———————————————————————————————————
    Isu semasa: Wali-Peranan dan isu berkaitan
    PERKAHWINAN adalah amanah Allah S.W.T yang dilaksanakan demi menambah zuriat di muka bumi ini. Bagi menyempurnakan amanah Allah itu, lima rukun ditetapkan dan wajib dipatuhi iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan sighah ijab kabul.
    Jika kekurangan satu daripada rukun itu, perkahwinan tidak sah. Antara isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali.
    Terdapat kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya apabila semuanya berkisar mengenai kuasa wali.
    Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah itu.
    Antara dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah Firman Allah:
    “Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman”. ( Al-Baqarah : 222)
    Daripada hadith Nabi saw:
    “Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
    Hakim Mahkmah Tinggi Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, ketika berceramah di Seminar Wali dan Perundangan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan baru-baru ini, mengulas isu wali dalam Islam.
    Kira-kira 400 peserta menghadiri ceramah itu.
    Beliau berkata, dalam konteks perkahwinan Islam, ia tidak boleh diteruskan tanpa wali manakala status wali dengan bakal pengantin perempuan sangat penting.
    Beliau berkata, antara syarat sah wali ialah Islam, baligh (sekurang-kurangnya berusia 15 tahun), berakal, lelaki (perempuan tidak sah menjadi wali) dan merdeka.
    Jika pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali, ia akan dinikahkan menggunakan wali hakim. Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
    Beliau berkata, jika bapa kandung masih ada dan menepati syarat sah nikah, perkahwinan boleh dilangsungkan tanpa masalah.
    “Bagaimanapun, jika bapa kandung meninggal dunia, hak wali berpindah kepada datuk sebelah bapa atau moyangnya jika ada.
    “Namun, ada umat Islam kurang memahami kedudukan wali, memilih abang kandung atau bapa saudara menjadi wali selepas bapa kandung meninggal dunia.
    “Inilah yang perlu diperbetulkan kerana isu ini amat penting kerana ia membabitkan generasi masa depan dan bagi mereka yang kurang arif mengenai isu ini, rebutlah peluang dengan menghadiri seminar ini untuk mendapat maklumat tepat berkenaan wali ini,” katanya.
    Sementara itu, Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman meminta pasangan yang ingin berkahwin jangan mengambil mudah soal wali kerana bimbang ikatan perkahwinan menjadi tidak sah.
    Beliau berkata, jika perkahwinan tidak sah, seumur hidup pasangan itu bergelumang dengan dosa.
    Sebagai contoh, katanya, jika bapa meninggal dunia dan anak perempuannya akan melangsungkan perkahwinan hak wali secara automatik berpindah kepada datuk lelakinya dan perkara ini yang kurang diberi pendedahan.
    “Kebiasaannya kita hanya tahu wali itu digantikan dengan saudara kandung lelaki atau bapa saudara, tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat isu hukum ini.
    “Selepas datuk, jika moyang lelaki mereka masih hidup dan waras serta mencukupi syarat sebagai wali, dia lebih berhak dan bukan adik-beradik,’ katanya.
    Beliau berkata, jika menggunakan wali dalam kalangan bapa saudara atau adik-beradik lelaki sedangkan datuk kepada bakal pengantin perempuan masih hidup, perkahwinan itu tidak sah di segi hukum syarak.
    “Bakal pengantin perlu merujuk kepada pejabat kadi untuk menentukan kedudukan sebenar dan keputusan mengenai status perkahwinan mereka ditentukan mahkamah.
    “Mahkamah Syariah berhak membubarkan perkahwinan itu dan pasangan terbabit akan dinikahkan semua mengikut peraturan yang ditetapkan hukum syarak,” katanya.
    Imam Masjid Cherating, Mustafa Yusoff, 61, menyambut baik usaha Jaip mengadakan seminar mengenai wali bagi memberi kefahaman kepada umat Islam hak wali dalam perundangan Islam berkaitan perkahwinan.
    “Kita tidak mahu ada kekeliruan timbul berhubung isu wali ini pada masa depan kerana ia akan menjejaskan sesebuah institusi perkahwinan,” katanya.
    ———————————————————————————————————
    Isu semasa: Perkahwinan bukan seperti mi segera
    KUALA LUMPUR: “Perkahwinan bukan seperti mi segera, cepat dimasak dan boleh dinikmati serta-merta,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berhubung penderitaan ditanggung Alina akibat didera suami.
    Menurutnya, perkahwinan adalah satu ibadat dan tuntutan agama untuk tempoh panjang, bukan didorong hawa nafsu bagi menghalalkan seks semata-mata.
    “Lihat apa berlaku pada Alina dan pasangannya. Pada saya, perkahwinan mereka terlalu terburu-buru. Mereka memilih jalan singkat berkahwin di Songkhla dan kini timbul dua masalah, si suami tidak bertanggungjawab manakala si isteri menderita didera.
    “Dalam hal ini, mangsa tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Sebab itu saya katakan perkahwinan ini satu ibadat, jika bukan niat kerana Allah, hancurlah rumah tangga itu nanti,” katanya ketika dihubungi.
    Dr Rubiah berkata, masyarakat perlu sedar dan belajar daripada perkahwinan yang hanya didorong hawa nafsu, lebih-lebih lagi kes begini semakin membimbangkan.
    “Saban hari, pelbagai masalah membabitkan rumah tangga terlalu mudah ditatap di media dan akhbar. Bagaikan satu trend yang tiada kesudahannya.
    “Pihak berkuasa perlu memikirkan satu formula untuk menangani masalah ini supaya tidak melarat dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.
    Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPGSM), Musa Awang berkata, Alina sewajarnya mengambil tindakan undang-undang akibat penderitaan ditanggungnya.
    Katanya, undang-undang di negara ini lengkap dan mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam untuk memudahkannya menangani masalah terbabit.
    “Bagaimanapun, daripada segi perundangan syariah di negara ini, mahu tidak mahu mereka perlu mengesahkan perkahwinan terbabit sebelum tindakan susulan dilakukan, misalnya jika ingin menuntut perceraian.
    “Apapun, mereka masih boleh merujuk masalah itu kepada polis atau pihak berkuasa tertentu berikutan tindakan suami mendera mangsa,” katanya.
    Selain itu, Musa berkata, masalah dihadapi Alina dan suami tidak akan timbul jika melangsungkan perkahwinan secara sah di negara ini.
    Dipetik dari Harian Metro
    ———————————————————————————————————

    Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
    KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.
    Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.
    Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.
    Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.
    Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
    Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.
    DI PETIK DARI HARIAN METRO
    ————————————————————————————————————————————————-

    Remaja dan jiwa istiqamah

    Oleh NURUL IZZAH SIDEK
    Istiqamah para remaja adalah dituntut untuk memperkasa akal budi remaja dengan ilmu yang Islami dan bermanfaat. -Gambar hiasan

    ISTIQAMAH bermaksud teguh hati, dan melakukan sesuatu secara berterusan. Jiwa istiqamah berdiri atas prinsip yang teguh, akhlak yang baik, dan ada kekebalan menghadapi cabaran.
    Para remaja memerlukan jiwa istiqamah yang tinggi pada masa kini bagi menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran remaja Islam masa kini tidak memadai hanya dengan belajar ilmu fardu ain semata-mata.
    Cabaran kini dan masa depan banyak yang bersifat pemikiran, intelektual, ideologi, sains dan teknologi. Sebagai remaja proses pengilmuan mestilah baik dan sempurna supaya jiwa istiqamah dapat dibina.
    Membangun jiwa istiqamah di kalangan remaja memerlukan dukungan ilmu. Ilmu dalam Islam umpamanya, ibarat cahaya. Ia memimpin jalur berfikir dan arah tindakan yang baik. Ilmu-ilmu Islam tidak sekadar menghubungkan remaja dengan potensi berfikir tetapi juga mendidik remaja memahami perkara-perkara yang ghaib. Para remaja harus dibina kekuatan fikir dan juga zikir, dalam erti kata yang luas.
    Berfikir secara Islamik tidak sahaja melihat seusatu itu diciptakan tetapi secara zikirnya remaja Islam perlu tahu hikmah di sebalik wujudnya sesuatu. Daripada situ fikir dan zikir berkembang.
    Fikir lebih banyak memberi fokus kepada benda-benda yang tampak yang boleh dihujah dengan akal dan dirasakan oleh pancaindera. Tetapi hal-hal yang ghaib terhubung dengan keyakinan kita kepada Allah dan al-Quran menjadi sumber memberikan sedikit rahsia di sebalik kewujudan sesuatu.
    Ayat-ayat al-Quran tidak sahaja bersifat harfiah atau kalimah-kalimah, tetapi maksud Ayatullah itu menghubungkan wahyu dengan kehidupan. Contohnya bila al-Quran menyebutkan autad iaitu pasak-pasak bumi terhadap gunung-ganang, ia memberi kita hikmah bahawa pada bumi itu ada titik keseimbangan yang terkait dengan gunung ganang. Hikmahnya, supaya manusia juga memiliki titik keseimbangan.
    Kedua, al-Quran menyebutkan Allah menjadikan alam ini pada kadarnya. Gelombang di lautan beralun dengan hebatnya tetapi apabila sampai ke pantai ia berpatah semula. Itu berlaku berulang-ulang dan menunjukkan bahawa air laut batasannya ialah pantai.
    Ia tidak melampaui daratan kecuali berlaku tsunami. Ia memberi hikmah kepada manusia bahawa apa pun perbuatan kita, kehendak kita, keinginan kita dan kemampuan kita tetap ada batasnya. Allah mengingatkan manusia supaya kita jangan melampaui batas.
    Para remaja mempunyai potensi sebagai kelompok peniru dan mudah dengan unsur-unsur negatif dari sumber yang pelbagai. Ketiadaan ilmu yang memberi tunjangan kepada akal budinya telah menyebabkan para remaja mudah cair dengan pengaruh di luar dirinya dan mudah mengagumi dengan hal-hal yang bersifat popular. Remaja sebahagiannya memiliki sifat dan tabiat yang berubah-ubah. Ini membayangkan jiwa yang tidak istiqamah.
    Jiwa istiqamah juga harus dididik dan dilatih dengan nilai-nilai agama yang membentuk watak-watak manusiawi. Watak ini penting bagi remaja kerana di tahap inilah proses pembentukan jati diri seharusnya berlaku.
    Dewasa ini antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan cair dengan pengaruh popular, sama ada gaya hidup, cara berpakaian, corak hiburan, jenis lagu dan muzik, adalah gambaran sesuatu yang diambil daripada orang, bukan berasaskan budaya dan tradisi sendiri.
    DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE
    —————————————————————————————————————————————————
    Kes buang bayi bukan hanya babitkan budak kampung malah meluas di kalangan pelajar IPT
    KETIKA media elektronik dan cetak ghairah menyiarkan isu buang bayi, Kak Ani juga seperti orang lain, cuba mencari punca permasalahan itu berlaku.
    Mengapa remaja mudah terjebak hubungan terlarang sehingga sanggup menggadai maruah diri? Inilah yang Kongsi Rasa mahu kupas kali ini. Apabila persoalan ini dibahas, perkara pokok mesti berkisar kepada permasalahan moral. Remaja kini tak kuat pegangan agama, mudah digoda dan semuanya bertitik tolak kepada pergaulan bebas.
    Kumpulan sasar yang terbabit dalam gejala ini bukan setakat budak kampung malah berjangkit ke pusat pengajian tinggi yang sepatutnya lebih panjang akalnya.
    Sedih, simpati dan geram! Begitulah perasaannya sebaik membaca berita seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi menerima hukuman denda dan penjara kerana kesalahan membuang bayinya dalam tong sampah dan ditemui dalam keadaan terbakar.
    Orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau tiada lelaki terbabit, dari mana benih itu datang dan ‘tertanam’ dalam rahim wanita?
    Si lelaki mudah angkat kaki kerana tiada kesan tercalar pada diri mereka.
    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pernah melahirkan rasa kesal dengan perbuatan keji dan mengecam lelaki ‘ghaib’ yang lepas bebas selepas merosakkan maruah wanita.
    Inilah yang perlu wanita beringat sebelum merelakan diri dipergunakan golongan bertopengkan nafsu binatang. Jangan fikir keseronokan sedetik saja, tetapi fikirkan bala yang bakal ditanggung hasil perbuatan terkutuk itu.
    Mengapa hubungan terlarang berlaku? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa remaja memberi pendapat punca berlaku perzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi.
    Remaja pertama, H menjadikan alasan faktor menunggu terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan remaja terdorong melakukan maksiat.
    Menurutnya, ada jurang pendapat mengenai masa sesuai berkahwin antara golongan muda dan tua. Katanya, adalah menjadi harapan ibu bapa supaya anak mereka menghabiskan pengajian dulu baru boleh memikirkan pasal kahwin.
    “Kalau dihitung masa pengajian peringkat ijazah di universiti, lelaki dan wanita hanya layak kahwin pada usia 23 tahun. Itu belum lagi dikira mereka yang kecundang dalam peperiksaan, masa mencari kerja atau ambil pengajian peringkat sarjana atau PhD.
    “Kalau faktor itu diambil kira, usia untuk berkahwin akan meningkat lagi,” katanya.
    H berkata, bagi golongan tua, mereka ada alasan tersendiri tidak menggalak anak masih belajar berkahwin awal. Kos perkahwinan yang tinggi, tiada pendapatan tetap juga dijadikan alasan kukuh menghalang anak kahwin cepat.
    Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.
    Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting.
    Remaja kedua Z berpendapat, naluri manusia untuk hidup berpasangan memang sesuatu yang normal. “Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.
    “Pergaulan bebas dan perkembangan maklumat tanpa sempadan, membuka jalan kepada golongan muda terjerumus ke lembah maksiat kerana terpengaruh dengan budaya yang dibawa dari luar.
    “Pengaruh tak baik mudah menular jika remaja itu tiada benteng pertahanan iaitu didikan agama,” katanya.
    Selain itu ada pasangan terpaksa ketepi perkahwinan kerana dikekang kontrak kursus yang menggariskan syarat tidak membenarkan pelatih berkahwin sepanjang menjalani kursus. Z juga kesal dengan sikap golongan tua yang mengabaikan tanggungjawab menentukan jodoh anak.
    Berdasarkan faktor itu ramai gadis terpaksa melalui kehidupan sendirian dan ada yang tidak kahwin sampai tua.
    Bagi mereka yang bersikap terbuka, menggunakan keistimewaan yang ada pada diri untuk memikat lelaki tidak kira bujang ataupun suami orang. Akibat dorongan nafsu, mereka ini mudah terperangkap dalam hubungan terlarang.
    Kak Ani cukup bimbang gejala buruk yang mungkin berlaku disebabkan wujudnya syarat dan halangan membina masjid.
    Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja mengadakan hubungan seks luar nikah. Mengapa keadaan ini terjadi itulah yang hendak kita kongsi dengan pembaca.
    Apakah remaja kini sudah tiada pegangan agama sehingga sanggup melakukan perkara yang jelas dosanya? Ke mana perginya sifat pemalu yang seharus ada kepada wanita?
    Teringat Kak Ani kata-kata pengacara Imam Muda, Astro Oasis, Dzulkarnain Hamzah, ketika berceramah sempena Israk dan Mikraj di Masjid Amrul Ibnu Al-Ass, Bandar Baru Sentul, baru-baru ini:
    “Ketika penumpang bersesak dalam bas mini suatu masa dulu, lelaki yang tak sengaja tersentuh akan ditempelak si gadis kerana mereka menghargai maruah diri. Keadaan ini berbeza dengan gadis sekarang yang secara terbuka menggoda lelaki dan menganggap sentuhan nafsu perkara biasa,” katanya.
    Walaupun sudah melewati zaman remaja, Kak Ani ada anak gadis yang perlu diawasi dan diberi perhatian. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, kita sebagai orang tua perlu mengambil berat kepada perkembangan mereka.
    Rasanya tak salah kalau kita hidupkan balik budaya mencari jodoh untuk anak, bukan?
    DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE
    Soalan:
    Apakah seorang suami gugur tanggungjawab memberi nafkah kepada isterinya jika isterinya itu  bekerja dan mampu menyara dirinya sendiri?
    Jawapan Penulis:
    Ya, wajib memberi nafkah kepada isteri dalam hal ini tetapi mengikut jumlah yang dipersetujui oleh kedua2 belah pihak.
    Soalan 2:
    Saya malu untuk bertanya kerana sudah dewasa dan baru belajar cara mandi wajib melalui buku panduan. Bagaimanapun, saya masih sangsi adakah cara yang saya lakukan itu betul.
    Bolehkah Datuk terangkan cara mandi wajib yang betul? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapat keampunan Allah?
    Jawapan : Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mandi bersuci daripada hadas besar sangat penting, jika tidak suci segala amalan ibadat dilakukan tidak diterima Allah.
    Cara mandi hadas ialah dengan berniat terlebih dulu mandi hadas atas seluruh tubuhnya dan kemudian mandi dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh. Adalah sunnah untuk orang yang mandi mulai basuh kedua-dua pergelangan tangan tiga kali, kemudian membasuh kotoran yang ada, termasuk kemaluan. Kemudian dibasuh setiap anggota wuduk sebelum mandi seluruh tubuh.
    Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
    Harian Metro Komen dari editor Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin:
    Masalah masalah tentang ibadah dan thaharoh adalah perkara asas kepada setiap orang islam. Yang menyedihkan apabila selepas melangkah ke alam perkahwinan, masih lagi ada suami dan isteri (bakal ibu dan bapa) masih tidak mendapat ilmu yang cukup dalam bab yang asas ini. Perkahwinan adalah permulaan membina keluarga dan Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin mendapati kekurangan ilmu asas agama ini kan berlanjutan dan memberi kesan terhadap anak anak yang terhasil dari perkahwinan dari ibu bapa ini.
    Pusat Kursus Astana Mukmin amat berharap pasangan-pasangan yang ingin memasuki gerbang perkahwinan supaya bertanya kepada ustaz dan penceramah semasa menghadiri kursus kahwin ditempat kami dalam segala hal dan persoalan yang kecil sekalipun. Penceramah-penceramah di Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin akan sentiasa memberi perhatian akan masalah2 peserta dan insya Allah akan cuba memberi keterangan dan menyelesaikan kekusutan berkaitan.
    Kursus kahwin,kursus perkahwinan,kursus kawin dan kursus kahwin adalah nama2 yang dicari di internet,kursus perkahwinan JAWI,kursus,kahwin JAIS,perkahwinan kuala lumpur,Kursus kahwin MAIK,kursus perkahwinan juga antara perkataan yang dicari dalam google.

    Memang nama 2 seperti kursus kawin,kursus kahwin ,kursus perkahwinan,JAWI,kursus,kahwin,perkahwinan,kuala lumpur, menjadi bualan anak muda yang ingin berkahwin. Jadi marilah pergi Kursus kahwin @ kursus perkahwinan@kursus kawin @kursus kahwin @ kursus kahwin @ kursus perkahwinan @ di JAWI,kursus, kahwin,perkahwinan kuala lumpur di Astana Mukmin

    Almarhum Sultan Iskandar

    Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail


    Yang di-Pertuan Agong

    Img agung8 2.gif
    Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
    Yang di-Pertuan Agong ke-
    8
    Raja Permaisuri Agong
    Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
    Negeri
    Johor
    Keputeraan
    8 April 1932
    Istana Semayam, Johor Bahru, Johor
    Kemangkatan
    22 Januari 2010
    Mula jawatan
    26 April 1984
    Tamat jawatan
    25 April 1989
    Penyandang terdahulu
    Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
    Penyandang kemudian
    Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah



    DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.

    Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,  kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malays ia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam. Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.

    Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra dan pemurah. Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran, dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda, termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.

    Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud" atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada ahun 1981, namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.

    Kehidupan awal


    Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahi pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. (Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School selama tiga tahun. Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat, di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan  sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.

    Pada tahun 1956, Tunku Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962. Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud  mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda. Para penganalisa seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.

    Tunku Mahmud dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.

    Keseluruhannya, Sultan Iskandar memputerakan 2 putera dan 8 puteri iaitu:

    1. Tunku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.

    2. Tunku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, Sultan Pahang.

    3. Tunku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)

    4. Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkahwin dengan Sultanah Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan Perak.

    5. Tunku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

    6. Tunku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

    7.Tunku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

    8.  Tunku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.

    9. Tunku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

    10. Tunku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

    Sultan Johor


    Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud Dilantik Sebagai Pemangku Sultan Johor Berikutan Kemangkatan Ayahandanya, Lalu Dimasyurkan Sebagai Sultan Sehari Kemudian, Beberapa Ketika Sebelum Ayahandanya Dimakamkan. Sehubungan Dengan Itu, Adinda Baginda Tunku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi, Bekas Tunku Mahkota Johor Selama 20 Tahun Di Bawah Pemerintahan Sultan Ismail, Dilantik Sebagai Tunku Bendahara Johor Lalu Memegang Gelaran Tersebut Sehingga Meninggal Dunia Pada Tahun 1989. Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar Dilantik Sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.

    Mengikut Sistem Beraja Bergilir-Gilir Di Malaysia, Sultan Iskandar Dilantik Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Oleh Majlis Raja-Raja Pada 9 Februari 1984, Tidak Lama Sebelum Berakhirnya Penggal Sultan Ahmad Shah Dari Pahang Pada 26 April 1984. Sultan Iskandar Memegang Gelaran Yang-Di Pertuan Agong Sehingga Diambil Alih Oleh Sultan Azlan Shah Dari Perak Pada Tahun 1989.

    Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar Melantik Cucundanya Tunku Ismail Ibrahim, Iaitu Anakanda Tunku Mahkota, Sebagai Raja Muda (Pewaris Ketiga Takhta Johor) Dalam Majlis Pelantikan Sempena Hari Keputeraanya.

    Hal-Ehwal Dalam Negeri


    Sultan Iskandar Menganjurkan Acara Rumah Terbuka Di Kediaman Rasminya Di Istana Bukit Serene, Atau Di Istana Besar. Pada Hari-Hari Inilah, Sultan Dan Putera Sulungnya Tunku Mahkota Mengadakan Sesi Khas Untuk Bertemu Mesra Dengan Rakyat Johor. Mengikut Adat Istiadat, Kerajaan Negeri Mewartakan 8 April Sebagai Cuti Umum Negeri Untuk Meraikan Hari Keputeraan Baginda, Yang Mana Baginda Mengurniakan Anugerah Kehormat Kepada Rakyat Malaysia Yang Mempamerkan Sumbangan Dan Pencapaian Cemerlang.

    Tidak Lama Sebelum Menjadi Ydpa Pada April 1984, Sultan Iskandar Mengeluarkan Usul Agar Orang Asli Digolongkan Sebagai "Bumiputera Asli", Kerana Baginda Berpendapat Bahawa Orang Asli Ini Berbeza Sekali Identitinya Dari Orang Melayu Kerana Kebanyakan Mereka Bukan Umat Islam. Namun, Usul Tersebut Ditarik Balik, Sebaliknya Kerajaan Cuba Mengasimilasikan Orang Asli Dengan Masyarakat Melayu Arus Perdana. Setelah Ditabalkan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda Mendermakan Gaji Baginda Untuk Jawatan Ydpa Kepada Berbilang Lembaga Biasiswa Yang Dibuka Kepada Semua Kaum Di Malaysia.

    Pada Tahun 2007, Sultan Iskandar Mengeluarkan Titah Perintah Yang Hanya Membenarkan Gelaran Istana Dipakai Oleh Kediaman Dan Hartanah Yang Dimiliki Oleh Sultan Dan Tunku Mahkota, Manakala Hartanah Yang Dimiliki Oleh Kerabat Diraja Yang Lain Dikenali Sebagai "Kediaman". Pada Disember 2008, Sultan Iskandar Memperkenankan Kerajaan Negeri Untuk Mewartakan Usul Perundangan Yang Melarang Umat Islam Daripada Mengamalkan Senaman Yoga, Atas Sebab Bahawa Yoga Mengandungi Unsur Agama Hindu Yang Melanggar Ajaran Islam. Permohonan Agar Meminta Perkenan Sultan Datang Dari Majlis Agama Islam Johor Yang Bertindak Atas Arahan Majlis Fatwa Negara.

    Sultan Iskandar Menyempurnakan Pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin Sultan Iskandar Pada 1 Disember 2008, Dengan Kehadiran Tunku Mahkota Dan Beberapa Menteri Jemaah Utama. Kompleks Ini Dinamakan Sempena Baginda, Yang Berpandangan Optimis Akan Kejayaannya Pada Ucapan Pembukaan Baginda.
    Hubungan Luar Negeri

    Semenjak Menaiki Takhta, Sultan Iskandar Menjalin Hubungan Erat Dengan Singapura, Dengan Mengembankan Silaturahim Dengan Pemimpin Tertinggi Singapura. Amalan Ini Juga Menjadi Ikutan Anakandanya, Tunku Mahkota Dan Tunku Bendahara. Laporan Media Sentiasa Mengetengahkan Sambutan Mesra Yang Disampaikan Sesama Pemimpin Kedua-Dua Negara Ketika Dalam Lawatan,Terutamanya Pada Julai 1988, Apabila Kunjungan Sultan Iskandar Ke Singapura Menandakan  Kali Pertama Seseorang Yang Di-Pertuan Agong Melawat Negara Pulau Tersebut Sejak Tahun 1957. Timbalan Perdana Menteri Singapura Ketika Itu, Goh Chok Tong Menerima Pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) Dari Sultan Iskandar.

    Pada Tahun 2007, Sultan Iskandar Dikurniakan Anugerah Honorary Master Parachutist Wing Oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean Dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan Oleh Universiti Kebangsaan Singapura.

    Hubungan Dengan Singapura Bertukar Keruh Setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa Memutuskan Bahawa Kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) Adalah Milik Singapura Setelah Lama Direbut Oleh Kedua-Dua Negara. Di Sesi Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 Pada Tahun 2008, Sultan Menyabdakan Pendirian Bahawa Pulau Batu Puteh Adalah Milik Malaysia, N Berikrar Untuk Mencari Jalan Yang Tidak Menyalahi Undang-Undang Untuk Mengembalikan Pulau Tersebut Ke Pangkuan Negara.

    Sultan Iskandar Juga Menjalin Hubungan Erat Dengan Sultan Hassanal Bolkiah Dari Brunei, Lebih-Lebih Lagi Sewaktu Baginda Memegang Gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada Tahun 2006, Sekali Lagi Kedua-Dua Sultan Disaksikan Bersama Di Khalayak Ramai, Ketika Sultan Hassanal Bolkiah Mengunjungi Negeri Johor Untuk Menyabdakan Minat Baginda Terhadap Iskandar Malaysia.

    Kontroversi

    Pewarisan Takhta


    Sebelum Menjadi Sultan Atau Ydpa, Apatah Lagi Pada 1980-An Dan Awal 1990-An, Nama Baik Tunku Mahmud Pernah Dinodai Oleh Beberapa Peristiwa Kontroversi Yang Mendapat Perhatian Media. Antara Insiden Terawalnya Adalah Kehilangan Pangkatnya Sebagai Tunku Mahkota Pada Tahun 1961 Atas Sebab Perilaku Setelah Laporan Sulit Yang Mendakwanya Mengurung Seorang Polis Diutuskan Kepada Ayahandanya Selaku Sultan. Pangkat Tunku Mahkota Diambil Alih Oleh Adindanya, Tunku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi. Apapun, Pada Tahun 1966, Tunku Iskandar Menerima Pangkat Raja Muda, Iaitu Pewaris Kedua Takhta. Pada April 1981, Tunku Mahmud Dilantik Semula Sebagai Tunku Mahkota Tidak Lama Sebelum Kemangkatan Ayahandanya Sebulan Berikutnya, Selepas Itu Ditabalkan Sebagai Sultan Johor, Atas Titah Ayahandanya.

    Walau Apapun, Sesetengah Pihak Mempertikai Kesahihan Pelantikan Semula Tunku Mahmud Sebagai Tunku Mahkota, Dengan Berhujah Bahawa Mereka Menyaksikan Sultan Ismail Sudah Berada Dalam Keadaan Koma Ketika Tunku Mahmud Menjadi Tunku Mahkota. Namun, Catatan Rasmi Membuktikan Bahawa Sultan Ismail Menjadi Koma Pada 8 Mei, Tiga Hari Sebelum Mangkat. Hubungan Istana Dengan Menteri Besar Johor, Othman Saat Menjadi Keruh Apabila Beliau Mempersoalkan Kewajaran Tunku Iskandar Mewarisi Takhta, Sehingga Mencetuskan Sultan Baru Itu Untuk Menitah Perintah Agar Menteri Besar Meletak Jawatan Dalam Masa 24 Jam, Sebaik Sahaja Mangkatnya Sultan Ismail, Dengan Tujuan Mengambil Alih Jawatan Tersebut Untuk Kegunaan Dirinya. Sesungguhnya Menteri Besar Patuh Kepada Titah Tersebut, Namun Sultan Tidak Mengambil Jawatannya. Othman Saat Kemudian Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar Pada Tahun Berikutnya.

    Tuduhan Salah Laku Jenayah


    Pada Tahun 1972, Tunku Mahmud Didakwa Menyerang Dua Orang Lelaki Dengan Cokmar Kerana Memotong Keretanya Lalu Disabitkan Kesalahan Pada Tahun Berikutnya. Setahun Kemudian, Timbulnya Laporan Yang Menyatakan Tunku Iskandar Dan Seorang Pengawal Peribadi Menyerang Sepasangan Muda Dengan Bahan Kimia Dan Cokmar Setelah Disinggung Perasaan. Pada Masa Yang Sama Didakwa Juga Bahawa Tunku Mahmud Merantai Dua Orang Anggota Polis Dalam Rumah Anjing Selama Sehari Setelah Dimurkakan Oleh Mereka.

    Lima Tahun Kemudian, Tunku Mahmud Didakwa Dan Didapati Bersalah Atas Sebab Kematian Seseorang Setelah Menembak Sampai Mati Seorang Lelaki Yang Berhampiran Helikopter Peribadinya Yang Disangkanya Seorang Penyeludup. Walau Apapun, Ayahandanya Sultan Ismail Campur Tangan Lalu Memberikan Pengampunan Rasmi Kepada Tunku Iskandar. Begitu Juga, Putera Sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, Disabitkan Kesalahan Menembak Sampai Mati Seorang Lelaki Setelah Bergaduh Dalam Kelab Malam Pada 1980-An, Tetapi Diampunkan Serta-Merta Juga.

    Pada Tahun 1987, Sultan Iskandar Dituduh Menyerang Sampai Mati Seorang Kedi Golf Di Cameron Highlands, Berikutan Insiden Yang Mana Kedi Itu Tertawa Apabila Baginda Tersasar Satu Lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Mengulas Bahawa Sultan (Yang Ketika Ini Menduduki Takhta Ydpa) Tidak Dapat Dibuat Tuduhan Atas Sebab Kekebalan Yang Dikurniakan Kepada Raja-Raja, Namun Pada Masa Yang Sama Beliau Mengecam Tindakan Sultan Iskandar Itu. Kesudahannya, Kejadian Tersebut Dibiarkan Tanpa Meraih Perhatian Awam. Adik Kepada Kedi Yang Turut Diserang Hingga Cedera, Menjadi Murung Akibat Apa Yang Disaksikannya, Lantas Dia Bertindak Mengamuk Di Kuala Lumpur Sehingga Terpaksa Dikuarantinkan Dalam Rumah Sakit Jiwa.

    Peristiwa Gomez

     Serangan


     

    Pada Akhir Tahun 1992, Dua Kes Serangan Berasingan Oleh Sultan Dan Puteranya Tunku Abdul Majid Idris Terhadap Jurulatih Hoki, Memuncak Dengan Pelucutan Kekebalan Raja-Raja Dari Pendakwaan. Kedua-Dua Kes Ini Banyak Disiarkan Di Muka Depan Akhbar Tempatan Dan Antarabangsa Lalu Diberi Jolokan "Peristiwa Gomez". Pada 10 Julai 1992, Putera Kedua Sultan Iskandar, Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris, Naik Berang Ketika Berakhirnya Perlawanan Hoki Antara Johor Dan Perak Yang Memihak Kepada Perak Dengan Pukulan Penalti, Lalu Menyerang Penjaga Gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Mohamed Jaafar Kemudiannya Membuat Laporan Polis Pada 30 Julai. Kejadian Ini Menarik Perhatian Ramai, Lebih-Lebih Lagi Dibahaskan Dalam Parlimen. Kejadian Ini Menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia Mengenakan Larangan Daripada Menghadiri Mana-Mana Perlawanan Kepada Tunku Majid Selama Lima Tahun Selepas Siasatan. Tunku Majid Kemudiannya Disabitkan Kesalahan Menyerang Pada Januari 1993, Oleh Itu Dipenjarakan Setahun Dan Didenda RM 2,000, Sebelum Dibebaskan Dengan Ikat Jamin, Dan Tuduhan-Tuduhannya Digugurkan Atas Sebab Kekebalan Yang Masih Sah Diperlakukan Sewaktu Kejadian Tersebut.

    Sultan Iskandar Membalas Larangan Tersebut Dengan Menggesa Pihak Berkuasa Negeri Agar Memencilkan Pasukan Hoki Johor Dari Semua Perlawanan Kebangsaan. Pada November 1992, Douglas Gomez, Seorang Jurulatih Pasukan Hoki Maktab Sultan Abu Bakar, Meluahkan Kekesalan Kerana Dipanggil Untuk Menarik Diri Daripada Perlawanan Separuh Akhir Oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar Tertarik Lalu Menitah Gomez Untuk Menghadap Baginda Di Istana Bukit Serene, Tetapi Kemudian Menyelar Dan Menyerangnya. Selepas Itu, Gomez Merawat Muka Dan Perutnya, Kemudian Membuat Laporan Polis Untuk Mendakwa Sultan Kerana Menyerangnya. Gomez Menjelaskan Bahawa Para Pengawal Peribadi Sultan, Selaku Anggota Angkatan Tentera Johor, Sekadar Memerhati, Sebaliknya Sultan Sendiri Yang Bertanggungjawab Sepenuhnya Atas Kecederaan Yang Dialaminya.
    Pandangan Awam Dan Tindakan Susulan

    Kejadian Serangan Ini Mencetuskan Kemarahan Rakyat Sehingga Semua Peringkat Kerajaan Sehingga Pangkat Tertinggi Kerajaan Persekutuan Digesa Agar Menyiasatnya. Pada Akhir Tahun 1992, Dan Juga Awal Tahun 1993, Tersiarnya Berpuluh-Puluh Artikel Berita Yang Menyebut Dakwaan Salah Laku Kerabat Diraja Beberapa Negeri, Khususnya Sultan Iskandar Sendiri. Kebanyakan Dakwaan Salah Laku Tersebut Termasuk Pengenaan Denda Yang Jauh Melebihi Ketentuan Undang-Undang, Terhadap Sesiapa Yang Menghalang Kereta Sultan, Antara Lainnya. Apapun, Sultan Iskandar Memikul Segala Padah Yang Timbul Akibat Semua Dakwaan Salah Laku Jenayah Tersebut Walaupun Kebanyakannya Dilakukan Oleh Ahli-Ahli Kerabat Diraja Yang Lain.

    Hiruk-Pikuk Kecaman Yang Disiarkan Oleh Pihak Akhbar Menggesa Para Ahli Dewan Rakyat Agar Mengadakan Sidang Khas Pada 10 Disember 1992. Kesemua 96 Ahli Parlimen Yang Hadir Pada Hari Itu Sebulat Suara Meluluskan Ketetapan Yang Menyeru Agar Tindakan Diambil Untuk Menyekat Kuasa Raja-Raja Sekiranya Perlu. Ketika Persidangan Ini, Para Ahli Mendedahkan Rekod Jenayah Lepas Mengenai Sultan Iskandar Dan Dua Puteranya Yang Terlibat Dalam Sekurang-Kurangnya 23 Kes Serangan Dan Pematian Orang, Lima Daripadanya Dilakukan Oleh Sultan Selepas Tahun 1981, Dua Kes Oleh Tunku Mahkota Dan Tiga Kes Oleh Tunku Bendahara.

    Rang Undang-Undang Diluluskan Oleh Dewan Rakyat Dan Dewan Negara, Masing-Masing Pada 19 Dan 20 Januari 1993. Rang Undang-Undang Yang Berusul Melucutkan Kekebalan Ini Diluluskan Oleh Enam Daripada Sembilan Raja, Namun Menghadapi Tentangan Hebat Daripada Tiga Raja Yang Lain, Termasuk Sultan Iskandar Sendiri. Sultan Iskandar Mengambil Inisiatif Untuk Meraih Sokongan Diraja Untuk Menghalang Pelaksanaan Usul Tersebut. Rang Undang-Undang Yang Berusul Melucutkan Segala Kekebalan Dari Para Raja Dan Ahli Kerabat Diraja, Menjadikan Mereka Boleh Didakwa Mengikut Undang-Undang Bila-Bila Masa Timbulnya Salah Laku Jenayah Yang Terbukti.

    Sultan Iskandar Hendak Menganjurkan Perarakan Di Luar Istana Dengan Tujuan Meraih Sokongan Awam Untuk Menghalang Pelaksanaan Rang Undang-Undang Tersebut, Tetapi Terpaksa Membatalkannya Setelah Menerima Tekanan Hebat Dari Kerajaan. Laporan Yang Dibuat Ketika Perarakan Tersebut Menyebut Tentang Sultan Iskandar Menyeru Semua Pegawai Awam Negeri Untuk Memulaukan Majlis-Majlis Anjuran Negeri Dan Persekutuan Sebagai Tanda Sokongan Terhadap Tindakan Baginda.Sementara Itu, Kerajaan Persekutuan Masih Menekan Raja-Raja Agar Memperkenankan Rang Undang-Undang Itu Sampai Dapat Setelah Dilakukan Beberapa Semakan. Selepas Itu, Rang Undang-Undang Tersebut Ditetapkan Dalam Perlembagaan Persekutuan Pada Mac 1993.

    Rang Undang-Undang Ini Membolehkan Raja-Raja Yang Menyalahi Undang-Undang Dikenakan Dakwaan, Manakala Akta Hasutan 1948 Turut Dipinda Untuk Membolehkan Orang Awam Mengkritik Raja-Raja. Mahkamah Khusus Ditubuhkan Dengan Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi Untuk Memberi Kuasa Mendakwa Ahli-Ahli Kerabat Diraja.
    Gaya Hidup

    Ketika Menyandang Jawatan Ydpa, Sultan Iskandar Sering Dilihat Membawa Pistol Pada Ikatan Pinggang Di Khalayak Awam, Sehingga Merunsingkan Orang Ramai Kerana Rekod Jenayah Lalunya. Baginda Juga Digeruni Kerana Kehidupannya Yang Ranggi Sehingga Menarik Rasa Sinis Seumpamanya. Baginda Juga Dikenali Sebagai Penggemar Motosikal; Siri Dokumentari Patriotisme Kebangsaan Yang Memaparkan Sultan Iskandar Selaku Ydpa Menunggang Motosikal Polis Dan Penampilan Ranggi Ketika Menghadiri Beberapa Upacara Awam, Menerima Kecaman Dari Orang Awam Yang Merasa Adegan-Adegan Sultan Iskandar Ini Tidak Sesuai Dengan Tema Dan Imej Negara.

    Kehidupan Peribadi


    Gambar Ketika Muda Almarhum Baginda Sultan Johor & Keluarganya


    Pada usia belia, Tunku Mahmud melayakkan diri sebagai juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter ringan dan sederhana. Baginda juga pandai menunggang motosikal, sehingga pernah dilaporkan mahir membuka dan memasang semula komponen motosikal.

    Sultan Iskandar juga dikenali kerana ghairah bersukan di ruang lapang, khususnya [[golf]. Pada akhir hayat, baginda banyak meluangkan masa lapang di Royal Johor Country Club. Lebih-lebih lagi, baginda juga kerap bemain tenis dan skuasy. Di kalangan kenalan peribadi, Sultan Iskandar diberi jolokan "Moody" berasaskan nama "Mahmud." Anakandanya, Tunku Abdul Majid, mewarisi minat baginda terhadap sukan golf amatur dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia.

    Selain itu, Sultan Iskandar pernah membela beraneka jenis haiwan belaan, terutamanya burung merak, di perkarangan Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi baginda bersama Sultanah. Sewaktu muda, Tunku Iskandar bersinggah di Istana Bukit Coombe yang terbina dengan ciri-ciri seni bina Belanda, kemudian dinamakan semula sebagai Istana Bukit Iskandar. Istana Bukit Iskandar dirobohkan pada tahun 1987, enam tahun selepas Sultan Iskandar menaiki takhta.


    Akhir hayat dan kemangkatan


    Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf. Pada Januari 200, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.

    Pada 22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15&nbsppetang, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong.

    Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga pada 23 Januari.