Blog Tentang Isu Semasa & Terkini Dan Sekadar Berkongsi Kisah & Info - The Fauzan Afiq Aliff ™ blog

Assalamualaikum

Selamat Datang


widgets

Lagu - Kembalilah Padaku

Selasa, 11 Disember 2012

Setahun Menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


Setahun Menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia




Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Profil Seri Paduka Baginda:

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28 November 1927.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Sewaktu di United Kingdom, baginda dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949.

Sekembalinya baginda ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara pada tahun 1955, baginda telah berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Setar, dan kemudiannya di Perbendaharaan Negeri Kedah.

Pada tanggal 9 Mac, 1957, baginda dilantik menjadi pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga 3 Julai, 1957.

Dengan kehendak dan izin Allah S.W.T, baginda telah naik takhta kerajaan Negeri Kedah pada 14 Julai, 1958 berikutan kemangkatan ayahanda baginda.

Baginda ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari, 1959.

Begitu juga dengan izin dan takdir Allah S.W.T. juga hendaknya pada 21 September, 1965, baginda dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang keempat oleh Majlis Raja-Raja, manakala pada tahun 1970, Majlis Raja-Raja telah melantik Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima di antara tahun 1970 hingga tahun 1975.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan disempurnakan pada 21 September, 1970.

Tuanku Abdul Halim ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima pada 20 Februari, 1971 dengan penuh adat istiadat di ibu negara.

Baginda menyandang jawatan tersebut hingga 21 September, 1975.

Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac, 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Almarhumah adalah puteri sulung Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu (kemudiannya Yang Di-Pertuan Agong yang pertama Persekutuan Tanah Melayu).

Baginda mempunyai tiga orang puteri iaitu:

Tunku Panglima Besar Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1966);
Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1961); dan
Tunku Salina Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1961)- mangkat pada 31 Ogos 1991.

Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Che Puan Hajah Haminah Binti Hamidun pada 25 Disember, 1975.

Tuanku Hajah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

Pada 26 Ogos, 2003, Almarhumah Tuanku Sultanah Hajah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Pada tanggal 9 Januari, 2004, telah berlangsung Istiadat Permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajah Haminah sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Hamidun.

Tuanku Abdul Halim menyambut Perayaan Jubli Perak sempena Ulang tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-25 pada tahun 1983.

Pada Julai tahun 2008, Seri Paduka Baginda telah menyambut Perayaan Jubli Emas sempena Ulang tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-50.

Tuanku Abdul Halim dilantik sekali lagi sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII pada 13 Disember, 2006.

Dengan izin Allah S.W.T., sejarah negara tercipta apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-226 (khas) yang bersidang pada 14 Oktober, 2011 telah memilih baginda sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong XIII, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan pada 12 Disember, 2011.

Pada tanggal 13 Disember 2011, bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-227 (khas) baginda dengan rasminya memegang amanah memerintah negara buat kali yang kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

Dalam bidang ketenteraan, kepimpinan baginda senantiasa dikagumi.

Baginda dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac, 1966 sehinggalah tarikh baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5 pada 23 Julai, 1970.

Dengan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim juga adalah merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Selepas Baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5, baginda dilantik pula menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 23 September, 1975.

Kini dengan pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV, baginda juga sekali lagi merupakan Pemerintah Tetinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Tuanku Abdul Halim dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu:

D.K. (Februari 1964), D.K.H. (Januari 1973), D.K.M. (Februari 1971), D.M.N. (Februari 1959), D.U.K. (Julai 1958), D.K. (Kelantan-Julai 1959), D.K. (Pahang-Mei 1970), D.K. (Selangor-September 1978), D.K. (Perlis-Jun 1980), D.K. (Negeri Sembilan-Ogos 1982), D.K. (Johor-September 1983), D.K. (Terengganu-Mac 1985), D.K. (Perak), D.K (Brunei), D.P. (Sarawak-April 1977), D.U.N.M. (1990), SMDK., SHMS., SGMK., S.P.M.K. (Februari 1964), S.S.D.K. (Januari 1973), Grand Cordon of The Order Of The Rising Sun Of Japan (Februari 1970), Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)(Mac 1970), Order of the Rammata (Thailand) 1973, Hon. Knight Grand Cross Order Bath (U.K.) 1974 dan Asso. Knight Order St. John 1974., Hon. Ph.D (UUM)(2008).

Baginda sememangnya terkenal dengan sifat sebagai seorang Raja yang amat berhemah tinggi, berpertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun.

Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Keprihatinan baginda jelas terbukti sewaktu menjalankan kewajipan baginda sebagai Sultan Negeri Kedah telah berangkat setiap hari ke pejabat Baginda di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Demikian jua, di Istana Negara amalan tersebut tidak ditinggalkan malahan Baginda akan memperuntukkan lebih banyak masa di Pejabat Baginda di Istana Negara memandangkan Baginda kini merupakan Ketua Negara bagi Malaysia.

Baginda juga begitu prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata.

Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.

Baginda dilihat sentiasa mencemar duli untuk berdampingan dengan golongan rakyat jelata.

Justeru, Baginda mempunyai hubungan akrab dengan rakyat jelata atau dengan kata lain Raja Berjiwa Rakyat.

Bagi merapatkan jurang antara rakyat dan Istana, Baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi bagi menemui khalayak rakyat jelata, jadi tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang Pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya, dan negara Malaysia amnya.

Baginda juga tidak dapat memisahkan diri daripada terlibat dalam melakukan aktivit-aktiviti bersama golongan rakyat.

Sebagai landasan untuk membantu dan menyebarluaskan usaha berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan untuk menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu:-

Kelab Kedah Darul Aman DiRaja Alor Setar;
Persatuan Penuntut-Penuntut Melayu Alor Setar;
Persatuan Olahraga Amatur Negeri Kedah Darul Amam;
Kelab Kamera Kedah Darul Aman;
Oxford & Cambridge Society Malaysia;
Persatuan Badminton Malaysia;
Persatuan Orkid Persekutuan Tanah Melayu;
Persatuan Golf Kedah;
Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Perkhidmatan Kerajaan Malaysia;
Penaung Kebangsaan BAPAK;
Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar;
Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah Darul Aman;
Persatuan Perancang Keluarga Kedah Darul Aman;
Persatuan Penembak Kedah/Kelab Menembak Kedah Selatan;
Kelab Rotary Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim;
Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah Darul Aman;
Vintage Classic Car Register Malaysia & Singapore;
Persatuan Anak-Anak Kedah di Syria;
Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA);
Ikatan Mahasiswa Islam Darul Aman (IMIDA) di Acheh;
Kelab Golf Darul Aman, Jitra;
Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Malaysia;
National Association of Snooker & Billiard Sports;
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Kedah);
Kumpulan Guthrie Berhad;
Yayasan Sultanah Bahiyah; dan
Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka Baginda.

Setiap tahun, Baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat menghadiri pelbagai aktiviti di sekolah rendah, menengah, maktab perguruan dan universiti.

Di beberapa buah sekolah rendah dan menengah, Baginda telah mencemar duli berangkat pada setiap Hari Anugerah Cemerlang di sekolah-sekolah tersebut semenjak baginda ditabalkan sehinggalah ke hari ini iaitu lebih 50 tahun.

Selain daripada itu, sebagai seorang pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan Baginda adalah merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta Kolej Universiti INSANIAH Negeri Kedah Darul Aman.

Selain aktif dalam persatuan, Baginda juga merupakan seorang pemerintah yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan seperti pelbagai jenis burung-burung kegemaran baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa di Istana Anak Bukit.

Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa jemu, baginda sendiri akan berangkat setiap hari bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanakan di taman haiwan tersebut.

Selain sibuk dengan pentadbiran Negara dan kerja-kerja amal, baginda bijak memperuntukkan sebahagian masa untuk beriadah, berekreasi dan bersukan. Baginda mempunyai minat terhadap sukan golf.

Selain golf, sewaktu muda, baginda juga gemar bermain tennis dan biliard. Bagaimanapun sekarang, baginda hanya bergiat dalam permainan golf namun, baginda sentiasa mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Demikian juga dalam sukan bola sepak, baginda turut memberi perhatian serius terhadap perkembangan Pasukan Bola Sepak Negara khususnya Negeri Kedah dan sentiasa memberi perangsang dan menyuntik semangat bagi menjulang nama Negeri Kedah dalam arena bola sepak negara.

Walaupun baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu membaca pelbagai buku ilmiah, melancong dan seni fotografi.

– BERNAMA

Ahad, 9 Disember 2012

Raja Permainsuri Agung Bertudung


Raja Permaisuri Agong Bertudung


Assalamualaikum. Salam Awal Tahun 1434 Hijrah.....

Memetik Dari Sumber; Putra Blog

Berita Yang Pasti Menggembirakan Seluruh Rakyat Negeri Kedah Terutamanya; Dan Rakyat Malaysia Am Nya; Bahawa Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah Bt Haji Hamidun Telah Pun Memakai Hijab Secara Sempurna. 

Detik Dan Sejarah Gembira Ini Menjadikan Baginda Sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia Ke- 3 Yang Memakai Hijab Dalam Kehidupan Seharian Selepas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Siti Aishah (Raja Permaisuri Agong Ke- 11) Dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Nur Zahirah ( Raja Permaisuri Agong Ke-13).





Tuanku Sultanah Haminah Yang Baru Sahaja Pulang Dari Mengerjakan Ibadat Haji Berangkat Bagi Menghadiri Santapan Malam Sempena Majlis Mesyuarat Raja-Raja Yang Ke-230. Patik Rakyat Negeri Kedah Menzahirkan Sembah Takzim Kebawah Duli Tuanku Sultanah Yang Juga Merupakan Seorang Sultanah Yang Sangat Berpekerti Mulia Dan Senang Dengan Sesiapa Sahaja.
Alhamdulillah. Satu Perkhabaran Yang Cukup Indah Buat Rakyat Jelata. Patik Merafak Sembah Meluhur Takzim Menjunjung Tinggi Dan Syukur Atas Kurnianya, Serta Perubahan Yang Tuanku Bawa Dalam Usaha Memurnikan Lagi Kedudukan Tuanku Dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sebagai Kepala Agama Islam Di Negara Kita Yang Tercinta.
Moga Dengan Ini, Tuanku Akan Menjadi Ikutan Sekalian Muslimah. In Shaa Allah...
Ampun Tuanku.


Selamat Tahun Baru
1434 Hijrah

Sabtu, 8 September 2012

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Img agung5 2.gif


Yang di-Pertuan Agong ke-XIV
13 Disember 2011 – kini
Pertabalan 11 April 2012
Negeri Kedah
Pendahulu Tuanku Mizan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah
Perdana Menteri Dato' Seri Najib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII
13 Disember 200612 Disember 2011
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Mizan
Pengganti Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-V
21 September 197020 September 1975
Pertabalan 20 Februari 1971
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin
Pengganti Sultan Yahya Petra
Raja Permaisuri Agong Tunku Bahiyah
Perdana Menteri Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV
21 September 196520 September 1970
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin
Pengganti Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28
14 Julai 1958 – kini
Pendahulu Sultan Badlishah

Diputerakan 28 November 1927 (umur 84)

Alor Setar, Kedah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Biogafi

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.

Keluarga diraja

 YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
  1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Sahabat, Aku Rindu Kau & Ku Harap Kau Ada Mendengar Luahanku



Makna untuk sebuah perhabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Sahabat Sejati menurut perspektif Islam
SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Makna persahabatan utk diri aku sendiri

Aku ada seorang kawan. Aku berkenalan dengannya semasa berada di KEM  PLKN pada tahun lepas. Hingga ke hari ini kami masih berkawan. Dia lah kawan baik aku dunia akhirat. Dia ada bila aku dalam kesusahan. Tak kisah lah waktu Suka ke, Sedih ke, Marah ke, atau apa2 pun, dia sentiasa ada dengan aku.Selalu mendengar luahan perasaan aku. Disamping itu jugak Aku juga mendengar luahan dia. Kami sering bergaduh, tapi tidak lama. dia sahabat sejati aku. Kami mulai terpisah apabila kami keluar dari KEM PLKN. Sejak dari itu kami berhubung melalui telefon sahaja. Dia tinggal di Kota Tinggi & Aku tinggal di Johor Bahru.

Aku sambung belajar di Kolej Poly Tech Mara Batu Pahat. Aku mengharapkan untuk belajar bersama dia. Tapi tak boleh. Keadaan tidak mengizinkan. Aku bertemu kawan baru di Kolej. Tapi keadaan dah berbeza. Aku seorang yang baik dan boleh berkawan dengan semua orang. Tapi satu kenyataan yang aku harus terima, TAK SEMUA ORANG boleh berkawan dengan kita atau nak berkawan dengan kita. Di sini aku berjumpa seseorang yang aku anggap kawan baik. Tapi itu hanya sementara. Selepas ada satu selisihan faham aku dengan dia, hubungan aku dengan dia sudah tidak sebaik dulu. Dia block aku di Facebook & Twitter. Aku mula berbaik dengan dia, tapi dia HIPOKRIT. Dia dengan sengaja mencari seribu satu alasan untuk menghindar aku.

Sekarang aku mahu fokus pada belajar. Nasib aku baik kerana AKU tidak dianugerahkan kekacakkan atau ketampanan seperti beberapa kawan aku yang lain. Aku bersyukur dengan apa yang Allah sudah berikan kepadaku. Ada antara mereka yang SOMBONG, PLAYBOY dan sebagainya.......Terima kasih YA ALLAH, kerana AKU masih single dan tidak mempunyai Girlfriend. Nanti aku tak belajar pulak....sibuk ber'couple' saja......Aku harap hubungan persahabatan aku denga kawan baik kekal hingga Hujung nyawa.....Baru ku tahu erti sebuah PERSAHABATAN yang sebenar.

Kamikaze – Teman Sejati

Mencari sinar pelangi
Selami kasih suci
Kidubg mu sering meniti
Di lubuk hati
Tiada kusangka lagi
Engkaulah teman sejati
Semalam amat bererti
Selamanya… ooo
Ku tahu kau derita
Dihimpit keresahan
Azab dan sengsara
Bersama janji kuterima
Pahit maung pedihnya
Rela berkorban
Jasad dan nyawa
Asal kau bahagia
Tersimpan seribu makna
Menjadi rahsia
Semangat ku membara
Membakar dalam jiwa
Pasrah ku berdusta


Kepada sahabat-sahabatku yang di luar sana, maafkanlah aku di atas kesalahan aku. Aku tahu aku tidak sesempurna mana. Hanya kerana hati yg pernah terluka aku menjadi trauma utk menjadi baik kepada kamu. Aku tahu hati kamu terluka dek kata-kata ku yg pedas… Maafkan aku sebab aku terlalu jahil. Lantaran hati yg punah menyebabkan aku kadangkala tidak dapat membezakan kamu & sahabatku sewaktu tika dahulu…

Maafkan aku… & terima kasih yg masih sudi memahami jiwa aku walau aku begini…