Ramalan Kedatangan IMAM MAHDI pada awal tahun 2022
Sewaktu
negara Israel berdiri dan menjurus tahun 1948, seorang perempuan tua Yahudi
masuk ke rumah ibu Muhammad Ar-Rasyid dalam keadaan menangis.Ketika ditanya
kenapa dia menangis padahal orang-orang Yahudi sedang bergembira, dia menjawab:
"Sesungguhnya
penubuhan negara Yahudi ini menjadi sebab mereka akan dibinasakan. Menurut
perempuan tua itu bahawa negara Yahudi yang baru berdiri itu hanya akan berumur
selama 76 tahun ".
Menurut
Muhammad Ar-Rasyid perkara ini ada kaitannya dengan pusingan komet Heli yang
punya hubungan erat dengan kepercayaan Yahudi. 76 tahun itu jika mengikut bulan
qamariyah maka sekitar 74 tahun masehi.
1948 + 74 =
2022 M
"Maka
mereka masuk", merupakan kata pada urutan 76, jika dikira dari ayat 2
surat al-Isra '. Ayat ke 2 surah Al-Isra 'adalah permulaan cerita tentang Bani
Israil.Jika angka 76 kita kalikan dengan 19, maka hasilnya adalah 1444. Tahun
1444, menurut perhitungan penanggalan Hijriah, adalah saat di mana muslimin
akan merebut kembali Masjid Al-Aqsa di bawah pimpinan Imam Mahdi, seperti yang
terdapat dalam makna ayat 7 dalam surah Al-Isra?.
Dan apabila
datang masa hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang orang
lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid,
sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan
sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
Begitu juga
jika kita mengira nilai ayat 104 surah Al-Isra? dengan menggunakan jadual
al-JUMAL at-Taqlidi. Di mana ayat 104 berbicara mengenai janji akhir, iaitu
berkumpulnya Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin. Jika datang
janji akhir, maka Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur. Nilai yang
di dapat adalah 2022. Itulah tahun di mana negara Israel akan mengalami
kehancuran.
Sedang makna
pada ayat tersebut yang bermaksud "dan Kami datangkan kamu dalam keadaan
bercampur baur", menunjukkan bahawa pada tiga tahun terakhir sebelum
berakhirnya Israel, bangsa Yahudi akan datang berbondong-bondong dan berkumpul
di tanah Palestin dalam rangka untuk menghadapai pasukan Imam Mahdi dalam
sebuah perang besar yang amat kritikal.
Sebuah Kata
lagi dalam ayat tersebut yang bermaksud "giliran", menunjukkan
pembalasan Yahudi kepada pihak yang pernah menyerang mereka dahulu. Iraq adalah
bahagian terbesar dari yang mereka maksud. Kata tersebut menunjukkan juga
bahawa pembalasan Yahudi kali ini tidak main-main, kerana bertalian rapat
dengan kesempurnaan pembangunan negara Israel yang mengambil secara illegal
tanah tanah Palestin.
Tanah
tersebut akan digunakan untuk membina penempatan-penempatan baru Yahudi, guna
menyatukan bangsa Yahudi yang selama ini berselerak di berbagai negara. Kaum
Yahudi akan menghancurkan negara yang menentang keinginan serta tujuan mereka
tersebut. Usaha-usaha mereka akan bermula secara nyata pada tahun 2008,
sebagaimana yang tertera pada ayat 22 surat Al-Maidah:
Mereka
berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang
gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum
mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan
memasukinya."
Dan
lagi-lagi, jika kita mengira jumlah kata dari ayat 7 surah Al-Isra sampai
dengan akhir ayat 104, akan dihasilkan 1376 kata. Jumlah tersebut sama dengan
jarak tahun antara wafatnya Nabi (SAW) iaitu 632 M, sampai dengan tahun
pengusiran bangsa Palestin iaitu tahun 2008.
2008 - 632 =
1376
Dengan
perhitungan mengunakan jadual Al-Jumal At-Taqlidi, nilai dari ayat yang
bermaksud "kami tidak akan masuk ke dalamnya (Palestin) hingga mereka
keluar" adalah 2008. Tahun tersebut adalah rencana kerja kerajaan di bawah
Perdana Menteri Israel saat ini, Ehud Olmert, tentang masa penentuan garis
batas wilayah negara Israel.
Hal itu
pernah diucapkannya dalam salah satu pusingan kempen pilihan raya bahawa tahun
2010 adalah batas waktu akhir dalam menentukan garis batas wilayah negara
Israel yang baru. Dalam pernyataan lain yang dimuatkan dalam harian Jerusalem
Post, Olmert menyatakan bahawa Israel akan menentukan akhir dari penentuan
garis batas negaranya hingga tahun 2010.
Dalam janji
kempennya sebelum terpilih menjadi perdana menteri, Olmert berjanji bahawa
Israel di bawah kepemimpinanya (jika ia terpilih) akan membuat batas final yang
akan memisahkan diri dari majoriti rakyat Palestin, dan akan melindungi
kewujudan bangsa Yahudi secara paten. Olmert berjanji akan membuat garis batas
yang jelas pada tahun-tahun berikutnya. Dan garis batas itu sangat berbeza
dengan yang dibuat sekarang sebagaimana yang diberitakan oleh BBC.
Kita dapat
melihat bahawa Yahudi mengetahui dengan baik apa yang mereka dapatkan semenjak
awal mula penubuhan negara Israel. Kerana mereka adalah penganut agama Samawi
yang mengerti kandungan kitab Taurat, yang di dalamnya terdapat berita tentang
masa depan mereka, termasuk pelbagai perkara yang akan berlaku kemudiannya.