Setiap hari dalam Islam
mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap
minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut
Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari
kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan
Hari Jumaat sebagai‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat,
maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat.
Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum
kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di
dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk
mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sebagaimana Allah SWT telah
menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil
Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama;
menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan
lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan
sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada
Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari
Jumaat sebagai‘Sayyidul Ayyam’ atau
penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat
banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari
terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan
ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan
terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin
solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan
permintaannya.” (HR. Muslim)
.
.
.
Hari Jumaat merupakan hari
yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan
dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
.
.
1.
Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari
yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa
peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
·
Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
·
Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
·
Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
·
Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
·
Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari
terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan
pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari
syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat
suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan
kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya
adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari
ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga
Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada
hari ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….
“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini
Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini
ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”
.
.
2.
Hari Bagi Kaum Muslimin
.
Hari Jumaat adalah hari
berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam
masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya
mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan
nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii
bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah
menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu,
dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk
pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari
kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada
hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR.
Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir
berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan
ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul
pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan
hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩
“Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari
Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual
beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah
62: Ayat 9)
.
.
3.
Penghulu Segala Hari
.
Hari Jumaat adalah hari
yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan
ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis
Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul
aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu
Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata,
Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala
hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari
hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat
lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat
Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang
meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan
di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang
dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
Jumaat.” (HR.
Ahmad)
.
.
4.
Hari Kebesaran Mingguan
.
Dalam 7 hari yang ada, hari
Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang
berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan
bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah
mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu
Majah)
.
.
5.
Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
.
Solat Jumaat dua rakaat
yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari
yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap
amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa
yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban
seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi
hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia
seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
.
.
6. Hari Ramai Malaikat
Turun ke Bumi
.
Pada hari Jumaat juga,
Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka
tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan
menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjiddan
mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan
selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil
catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah
catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku,
demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak
berdosa sedikit pun.”
.
.
7.
Hari Mustajab Berdoa
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta
(berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan
doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan,
melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai
Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi
mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada
dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang
sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah
Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul
Ma’ad Jilid I/389-390).
.
Keterangan
lanjut :-
.
.
8. Hari
Dihapuskan Dosa
.
Diampuni dosa-dosanya
antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan
Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak
dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari
Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak
wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan
dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan
solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama)
ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi)
antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata
lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya,
memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa
melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam
berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.
9. Hari
Lebih Utama Bersedekah
.
Sedekah pada hari itu lebih
utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah
pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di
sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis dari Ka’ab
menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia
dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf
Shahih)
.
.
10.
Hari Meraih Pahala
.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat
pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala
ibadah satu
tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan
menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia
ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal
yang mudah bagi Allah.” (HR.
Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.
11.
Hari Hidayah Daripada Allah SWT
.
Hari Jumaat merupakan
keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak
diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan
bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling
awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma
mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka.
Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang
mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan
hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari
(Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari
Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat,
maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat.
Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum
kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di
dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk
mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
12.
Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
.
Meninggal dunia pada malam
hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul
Khatimah’, iaitu
dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap
muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan
menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR.
Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.
13.
Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
.
Orang
yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah
(bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr,
sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak
seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan
diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.
14.
Hari Berlakunya Qiamat
.
Jumaat merupakan hari yang
selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam
suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut
bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis
Riwayat Muslim r.a.)
.
Dalam hadis lain,
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari
Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan
Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak
terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan
tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla
melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi
melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
.
.
15. Hari Dapat
Melihat Allah SWT Di Syurga
.
Hari tatkala Allah SWT
menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas
di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat
35)
Seorang sahabat, Anas bin
Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah
SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
.
#*
Semoga Hari Jumaat ini
menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan
Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa
agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh
Allah SWT.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu
A’lam Bish Shawab
(Hanya
Allah Maha Mengetahui apa yang benar)